3 jenis darah yang keluar dari faraj perempuan

  1. Darah haid
  2. Darah nifas
  3. Darah istihazah

DEFINISI DARAH WANITA

Darah Haidh: darah yang keluar dari faraj perempuan dalam keadaan sihat, bukan kerana melahirkan.

Darah nifas adalah:  darah yang keluar selepas melahirkan

Darah istihazah adalah:  darah yang keluar bukan pada hari- hari haid dan nifas.

 

KADAR WAKTU HAID PEREMPUAN DALAM MAZHAB SYAFIE

Masa haid yang paling pendek adalah sehari semalam

Masa yang paling panjang adalah 15 hari

Yang paling lazim 6 atau 7 hari

HUKUM HAKAM YANG BERKAITAN HAID

Perempuan yang haid diharamkan untuk solat, puasa, membaca Al-Quran, memegang mushaf, masuk masjid, tawaf, dan melakukan hubungan suami isteri

 

DALIL DIHARAMKAN SOLAT BAGI WANITA HAIDH

 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Said bahwa Rasulullah S bersabda:  ketika ditanya tentang kekurangan agama perempuan: bukankah ketika perempuan haid tidak solat dan tidak puasa?

 

Hadis ini menjelaskan bahawa perempuan yang haid tidak solat dan tidak berpuasa.

 

Dari Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Muazah bahawa dia bertanya kepada Aisyah: kenapa perempuan haid mesti mengqada’ puasa dan tidak mengqada’ solat? Aisyah berkata: perkara itu, terjadi pada kami semasa hidup Rasulullah S dan kami diperintahkan untuk mengqada’ puasa dan tidak diperintahkan mengqada’ solat.

 

WANITA HAID  MEMBACA AL-QURAN

 

ADA PERBEZAAN PANDANGAN ulama tentang hukum membaca al Qur’an bagi perempuan yang tengah haidh.

 

Kebanyakan ulama dalam mazhab syafi’i, mazhab hanafi, dan mazhab hanbali berpandangan bahawa perempuan yang sedang  berada dalam keadaan haidh dan nifas diharamkan untuk membaca al Qur’an, sama ada sedikit atau banyak, kecuali ayat-ayat yang lazim digunakan sebagai zikir atau doa.

 

Mereka berpegangan kepada hadith yang diriwayatkan oleh al Tirmizi, al Nasa’i dan Ibnu Majah dari Ali Bin Abi Thalib, bahawa tidak ada sesuatu apapun yang menghalangi Rasulullah daripada Al Qur’an melainkan keadaan junub. Sebahagian ulama menilai hadith ini sebagai hadith hasan atau sahih. Al Baihaqi berkata: ada riwayat yang sahih dari Umar bahawa dia tidak menyukai orang junub membaca al Qur’an.

 

Mereka mengqiyaskan perempuan yang tengah haid dengan orang yang berada dalam keadaan junub, kerana keduanya adalah hadath besar yang mewajibkan mandi.

 

Al Imam Malik, Dawud berpandangan: dibolehkan bagi orang yang junub dan haid membaca seluruh al Qur’an, pandangan ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Said Bin al Musayyib.

 

Al Qadhi Abu al Thayyib, Ibn al Shabbagh dan yang lainnya mengatakan bahawa pandangan ini dipilih oleh Ibnu al Munzir.

 

Al Nawawi berkata: Orang yang membolehkan (orang junub dan haid untuk membaca Al Qur’an) secara umum berdalil dengan hadith ‘Aisyah bahawa Nabi sentiasa berzikir kepada Allah dalam setiap keadaannya, riwayat Muslim, mereka mengatakan : membaca al Qur’an adalah bahagian dalam zikir dan hukum asal membaca al Qur’an adalah tidak diharamkan.

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.