BEANA HOME QURAN SDN BHD

SSM : 1255257-H

NO 7-2, JALAN SEPAH PUTERI 5/1B,
SERI UTAMA BUSINESS CENTRE KOTA DAMANSARA,
47810, PETALING JAYA, SELANGOR.

Email: beanahomequran@gmail.com

Contact number : Nadhirah 011-5223 411(Bahagian Klien)

                                    Sofea 011-3739 19050 (Bahagian Tutor)

PELAJAR PRAKTIKAL DIPERLUKAN:

Adakah anda seorang pelajar yang mencari tempat untuk membuat praktikal? Kami memerlukan anda secepat mungkin. 

SOALAN-SOALAN LAZIM

1. Apakah yang dimaksudkan dengan mengaji di Rumah?

Kelas yang diadakah di rumah pelajar, waktu hari dan tempat fleksibel, di mana pelajar dapat memilih mengikut kesesuaian pelajar untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Kelas boleh diadakan secara persendirian atau kumpulan kecil. Minimum pelajar ialah 1 pelajar 1 guru. Kelas mengaji juga boleh terdiri daripada kumpulan kecil minimum 5 pelajar dan maksimum 10 pelajar untuk 1 orang guru. Pembelajaran juga sesuai dengan tahap pembelajaran setiap pelajar.

2. Mengapakah wujudnya kelas mengaji di rumah?

Faktor ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak sempat mengajarkan Al-Quran dan Fardhu Ain kepada anak-anak dan khuatir dengan keselamatan anak-anak semasa proses pembelajaran ditempat luar membuatkan ibu bapa lebih memilih untuk belajar di rumah berbanding diluar.

Faktor yang kedua adalah perasaan malu untuk mengaji secara berkumpulan membuatkan orang dewasa atau remaja meninggalkan Al-Quran. Oleh sebab itu, Beana menawarkan kelas mengaji secara individu atau kumpulan kecil kepada mana-mana individu yang ingin mengaji secara mudah tepat dan pantas.

3. Bagaimanakah pula dengan kadar yuran?

Beana menawarkan kadar yuran yang sangat berpatutan untuk semua. Kadar bayaran berbeza-beza mengikut kepada bilangan dan umur pelajar yang akan belajar. Harga yuran juga adalah berbeza mengikut jumlah hari dan jumlah jam yang diminta oleh pelajar. Walaupun begitu, ianya tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Beana di talian 011-52234111 (Nadirah) atau:

Whatsapp (Nadirah) : http://beana.wasap.my/

atau

4. Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan Beana?

Beana HomeQuran tidak menetapkan had umur sebaliknya terbuka untuk semua lapisan umur dari kanak-kanak seawal usia 3 tahun (bergantung kepada kebolehan untuk berbicara) sehingga warga emas.

5. Apakah jenis kelas yang Beana tawarkan?

Beana menawarkan kelas seperti berikut:
1.Kelas mengaji kanak-kanak, remaja & dewasa
2. Kelas Fardhu Ain
3. Kelas Tasmi’
4. Kelas Tahsin Ibadah
5. Kelas Bahasa Arab
6. Kem cuti sekolah

6. Adakah tutor dari Beana Homequran berkelayakan?

Individu yang terpilih untuk menjadi tutor Beana akan terlebih dahulu di temuduga dari segi lisan dan ujian bertulis di mana soalannya meliputi bacaan Al-Quran, tajwid, makhraj, fiqh dan aqidah. Tutor Beana memiliki kelayakan dari peringkat Master sehingga peringkat yang paling minima iaitu Diploma dalam Pengajian Islam atau apa sahaja sijil yang diikitiraf oleh Malaysia atau antarabangsa.

7. Adakah mereka terdiri dari kalangan guru sekolah?

Tutor Beana kebanyakannya adalah tutor separuh masa di mana ada di antara mereka merupakan guru sekolah, pelajar universiti dan bekerja dibidang masing-masing

8. Adakah mereka berkemahiran untuk mengajar?

Dari sudut mengajar Al-Quran kepada pelajar, Beana Homequran menyediakan latihan pengajaran sebelum proses pengajaran bermula. Latihan ini adalah sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada tenaga pengajar Beana Homequran tentang teknik pengajaran paling berkesan untuk pelajar kanak-kanak, remaja atau dewasa. Latihan mengajar Al-Quran yang dianjurkan oleh Beana juga memberi pendedahan kepada tutor untuk mendalami ilmu asas Tajwid di dalam Al-Quran dan juga memahami ilmu asas Fardhu Ain.

9. Adakah tutor Beana berkemahiran untuk mengajar menggunakan Bahasa Inggeris?

Ada, tetapi Tutor Beana yang berkemahiran dalam Bahasa Inggeris terhad dan hanya ada di beberapa kawasan yang tertentu sahaja.

10. Kawasan manakah yang Beana ‘cover’?

Buat masa ini Beana ‘cover’ di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.