SELAMAT DATANG KE
BEANAHOMEQURAN.COM

Mengaji At Your Doorstep

Kelas Mengaji Beana Home Quran

Zaman sekarang ini agak sukar untuk mendapatkan home tutor yang mengajar khas untuk mengaji. Anak-anak kurang diberikan pendidikan dalam mendalami ilmu Al-Quran. Kanak-kanak yang boleh membaca dan menghafaz Al-Quran juga semakin berkurangan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah Isra : 82)

Kadang-kadang ibu bapa tiada masa untuk mengajar anak-anak. Anak-anak pula banyak kerja sekolah yang telah diberikan guru-guru. Di sekolah pula, subjek agama tidak terlalu menekankan tentang ilmu membaca Al-Quran dan tajwidnya. Oleh itu, dengan kewujudan Beana Home Quran berkemungkinan dapat membantu anda dan anak anda dalam mempelajari Al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah Al-Isra :9)

Mungkin ada sesetengah diantara kita yang belajar mengaji dengan sendiri. Hanya mendengar daripada ayat-ayat yang dipasang di audio atau youtube dan mengikut bacaan tersebut. Tetapi adakah apa yang kita baca itu betul cara bacaan dan tajwidnya?

Beana Home Quran merupakan kelas mengaji yang disediakan untuk orang ramai. Beana Home Quran menyediakan home tutor yang datang ke rumah anda dan mengajar anak-anak anda. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk datang ke pusat tertentu. Hanya perlu daftar dan beritahu hari yang sesuai untuk belajar mengaji dan tutor kami akan segera ke rumah anda mengikut hari yang telah ditetapkan.

Beana Home Quran menawarkan kelas mengaji khusus untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sekiranya anda dan juga anak-anak anda ingin belajar mengaji bersama juga tidak menjadi masalah. Belajar secara personal dan berdepan dengan ustaz atau ustazah kami pasti akan lebih mudah difahami dan lebih mudah untuk tangkap dengan apa yang dipelajarinya.

Suasana di rumah yang kondusif dan selesa membuatkan tumpuan menjadi lebih fokus. Anak-anak akan lebih mudah dan cepat faham akan apa yang dipelajarinya. Kesalahan-kesalahan yang dibuat ketika membaca Al-Quran dapat didengari dan diperbetulkan dengan segera. Pada permulaan kelas, anak-anak berkemungkinan merasa kurang selesa, tetapi lama-kelamaan ianya akan menjadi perkara biasa.

Belajar one-to-one dengan ustaz atau ustazah, akan dapat menghilangkan keraguan anda mengenai cara bacaan dan hukum-hukum tajwid ketika membaca Al-Quran. Anda akan diajar dengan tutor yang berpengetahuan mendalam di dalam ilmu Al-Quran.

Tutor kami terdiri daripada ustaz dan ustazah yang mampu untuk mengajar anda dan anak anda walaupun tidak tahu membaca langsung. InshaAllah dengan Beana Home Quran, tutor kami akan mengajar anda sehingga mampu untuk membaca dengan menggunakan tajwid yang betul.

Kenapa perlu belajar mengaji dan membaca Al-Quran? Ini kerana Al-Quran merupakan petunjuk dan cahaya kepada semua umat manusia untuk kembali kepada jalan yang benar.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Surah Al-Maidah : 16)

Al-Quran ini tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Inilah kelebihan paling besar. Al-Quran tidak seperti kitab-kitab lain tang telah diubah mengikut peredaran zaman. Sebaliknya, Al-Quran sesuai digunakan walaupun telah berzaman lamanya dan ianya masih suci tanpa diubah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah Al-Hijr : 9)

Lebih Dari 300 Pelanggan Berdaftar Sejak 2017

Lebih Dari 100 Guru Berdaftar Sejak 2017

Belajar Al-Quran
dengan MUDAH!

Tak perlu bersusah payah menghadap traffic jam untuk pergi ke kelas Al-Quran, biar kami yang datang ke rumah anda. Lebih selesa, lebih mudah, lebih jimat.

Lebih CEPAT
faham!

Suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa memudahkan tumpuan dan mempercepatkan kefahaman.

Bacaan dan hukum
yang TEPAT!

Hilangkan keraguan anda mengenai cara bacaan dan hukum tajwid. Belajar dengan tutor yang berpengetahuan mendalam di dalam ilmu Al-Quran

 

Kenapa Perlu Belajar Mengaji Al-Quran?

Ini kerana Al-Quran merupakan petunjuk dan cahaya kepada semua umat manusia untuk kembali kepada jalan yang benar.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Surah Al-Maidah : 16)

Al-Quran ini tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Inilah kelebihan paling besar. Al-Quran tidak seperti kitab-kitab lain yang telah diubah mengikut peredaran zaman. Sebaliknya, Al-Quran sesuai digunakan walaupun telah berzaman lamanya dan ianya masih suci tanpa diubah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah Al-Hijr : 9)

SESUAI UNTUK :

Ingin Menjadi Tutor Beana?

Sekiranya anda seorang yang berpengetahuan dalam ilmu tajwid dan Al-Quran ini dan mampu untuk mengajar orang lain, anda juga boleh mendaftarkan diri sebagai tutor di Beana Home Quran. Tidak perlu pening fikirkan jadual anda. Ini kerana anda berhak untuk menyusun jadual kerja anda.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak biasa dalam mengajar orang, Ini kerana, pihak Beana Home Quran akan memberikan latihan dan konsultasi kepada anda. Jadi, tidak perlulah untuk anda bersusah payah mencari cara untuk mengajar kerana kami akan sediakan semuanya untuk anda.

Sebagai tutor Beana Home Quran, anda hanya perlu mengajar Al-Quran dan asas fardhu ain sahaja. Pihak Beana akan memberikan latihan kepada anda sebelum anda memulakan tutor anda.

Pihak Beana Home Quran juga menyediakan insentif untuk belian kereta bagi tutor kerana kenderaan untuk anda bergerak ke rumah pelajar adalah sesuatu keperluan. Disamping itu, pakej umrah juga turut disediakan kepada tutor kami.

Anda tidak perlu risau akan perjalanan anda untuk ke rumah pelajar. Ini kerana anda hanya perlu bekerja disekitar tempat anda sahaja. Tidak akan menyusahkan anda untuk ke tempat lain yang memakan masa. Anda juga bekerja dengan waktu yang fleksibel dan anda boleh uruskan sendiri jadual anda mengikut kesesuaian anda.

Reward juga akan turut diberikan kepada setiap tutor secara bulanan mengikut kelas yang diajar. Selain itu, penyata elaun juga akan disediakan untuk tutor-tutor yang berdaftar dengan pihak Beana Home Quran. Elaun yang disediakan juga agak lumayan. Jadi daftarlah menjadi tutor Beana Home Quran dengan segera.

Selain mendapat elaun dan dengan mengajar mengaji, anda juga mendapat pahala dan rahmat daripada Allah kerana mengajar orang lain dan juga dengan membaca Al-Quran. Jadi, sambil kita kumpul kekayaan di dunia, secara tidak langsung, kita juga mengumpul kekayaan di akhirat kelak.

ANDA JUGA BOLEH DAFTAR KELAS MENGAJI BEANA DI CAWANGAN BANK MUAMALAT