JAWA TIMUR MELARANG CIKGU MEMBERI KERJA RUMAH KEPADA PELAJAR

 

Gambar Hiasan dari Bernama

 

 

Antara benda yang paling disukai oleh peljar sekolah adalah tidak diberikan kerja sekolah. Bagi mereka kerja sekoah sangat membosankan dan memenatkan untuk dibuat. Jabatan Pendidikan Kota Bitar di Jawa Timur telah melarang guru dari memberikan kerja rumah kepada pelajar.

Mengikut Ketua Jabatan Pendidikan Kota Blitar, M Sidik, tindakan ini dilaksanakan bagi memberikan pelajar menjalani kehidupan lebih berkualiti bersama keluarga.

“Kami akan mengeluarkan pekeliling mengenai larangan iru ke sekolah- sekolah dalam masa terdekat. Pelajaran di sekolah, perlu disiapkan di sekolah sahaja.

“Pelajar seharusnya menimba ilmu dengan mendekatkan diri dengan masyarakat. Pada zaman ini, ramai pelajar yang tidak boleh membezakan antara daun salam dan daun kunyit. Ini semua hanya boleh dipelajari apabila mereka dikelilingi keluarga”, katanya lagi.

Selain itu, dengan dasar ini, pelajar boleh melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti positif seperti memasak atau aktiviti yang bermanfaat.

Sebelum ini, larangan memberikan pelajar kerja rumah sudah dikeluarkan tahun lalu. Tetapi para guru tidak menghiraukan akan arahan tersebut kerana ia tidak dinyatakan melalui surat pekeliling.

 

Sumber:

kompas.com

 

NAK JADI TUTOR AL-QUR’AN?

➽  http://www.beanahomequran.com/nak-jadi-tutor

MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?

➽ http://www.beanahomequran.com/daftar-online

Leave a Comment

Your email address will not be published.