FRANCE MENANG WORLD CUP 2018

 

Paul Pogba meraikan kemenangan kumpulan beliau. Foto Dylan Martinez/Reuters

 

Kumpulan Perancis telah berjaya memenangi piala world cup 2018 selepas mengalahkan kumpulan “underdog” iaitu Croatia dengan 4-2 gol di Moscow semalam. Kemenangan ini adalah kali ke 2 bagi kumpulan Perancis sejak pada tahun 1998 iaitu 20 tahun yang lepas.

Gol pertama yang telah dimasukkan apabia sepakan percuma Antoinne Griezmann dan telah terkena kepala Mandzukic dan telah menjaringkan gol jaringan sendiri.

Selepas itu, Croatia teah menyamakan kedudukan pasukan mereka melalui rembatan kaki kiri Ivan Perisic pada minit 28.

Malah Perisic telah menjadi penyebab gol yang ke 2 apabila bola terkena tangannya di dalam kawasan penalty sendiri.

Pengadil bantuan video (VAR) telah digunakan buat pertama kalinya, dan penalty telah dilakukan oleh Antoine Griezmann pada minit yang ke 38.

Goal ketiga pulak telah dimasuukan oleh Paul Pogba yang telah merembat dan berjaya menembusi pertahanan penjaga gol , Danijel Subasic.

Selepas enam minit kemudian Kylian Mbappe mengukir sejarah sebagai remaja kedua selepas Pele yang menjaringkan gol di piala dunia bagi gol yang ke empat bagi kumpulan Perancis.

Croatia berjaya memasukkan gol yang kedua tetapi atas kesilapan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris dibaca Mario Mandzukic.

Sebagai orang Islam kita boleh menyumbang kepada kemenangan kumpulan tersebut dengan mendoakan atas kejayaan kepada kumpulan yang disokong oleh kita.

 

Sumber :

http://www.astroawani.com/berita-sukan/perancis-juara-piala-dunia-buat-kali-kedua-180567

Leave a Comment

Your email address will not be published.