Doa Harian Yang Perlu Diamalkan oleh Usahawanita

Doa harian harus diamalkan oleh setiap muslim terutamanya untuk mereka yang mahu berjaya dalam setiap perusahan yang dibangunkan. Terutamanya bagi mereka yang bergelar usahawanita.

Sebenarnya ada satu rahsia yang patut kita amalkan secara konsisten dalam kehidupan. Nak tau apa dia ? D.O.A. Sungguh hebat kuasa doa ini .

Banyak doa harian yang boleh diamalkan sebagai usahawan dalam kehidupan seharian. Jom Amalkan setiap hari dalam kehidupan kita dengan Zikir dan doa harian di bawah !

لَا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

“Ucapkanlah :لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Kerana ia adalah diantara khazanah syurga”. [Sahih, al Bukhari] Dan banyak kelebihan yang boleh didapati apabila kita membaca kalimah tersebut. Boleh teruskan baca di Kelebihannya.

سُبْحَانَ اللَّهِ ، وبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

“Dua kalimah yang ringan ke atas lisan, dicintai oleh al Rahman, dan berat dalam timbangan Mizan:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ” [Sahih, al Bukhari & Muslim]

BACA SURAH AL-IKHLAS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

SELAWAT ATAS NABI

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

SENTIASA ISTIGHFAR

أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيم

DOA DIMURAHKAN REZEKI

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami Dan semoga kami dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan diberkati-Mu .

Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.

SEMOGA ALLAH MEMAKBULKAN DOA KITA SEMUA. INSHAALLAH AMINN.

Khas buat mereka yang mencari kelas mengaji ONLINE sepanjang pkp ini boleh lah terus pergi ke laman web Beanahomequran.

SEMOGA BERMANFAAT !

Dapatkan Produk yang menarik dan dengan HARGA BERPATUTAN di https://beanahomequran.com/produk/ SEKARANG !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *