fbpx

DIY Menarik Untuk Belajar Mengira Di Rumah!

DIY Belajar Mengira Di Rumah

Rumah adalah sekolah pertama bagi anak-anak. Oleh itu, ibu bapa berperanan besar untuk memberi didikan awal usia kepada mereka.

Episod cerita seorang wanita bergelar ibu pada zaman kini adalah sebuah cerita yang penuh dengan cabaran dan kebahagiaan. Kadang anda keliru dan risau memikirkan bagaimana untuk memberi pembelajaran pertama kepada anak-anak seperti yang telah diamanahkan kepada kita. Lagi-lagi apabila bagi ibu berkerjaya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja. 

Bagaimana nak tarik minat anak belajar ye?

Caranya adalah… belajar sambil bermain!

Hari ini, jom saya kongsi cara buat DIY belajar untuk anak-anak kita. DIY ini berfungsi sebagai pendorong untuk menambah minat anak-anak belajar. Prosesnya mudah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Yang penting, menarik! Jom ajar anak-anak mengira di rumah!

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Batang aiskrim (10)

-klip kertas (55)

TUJUAN

 Belajar mengira 1 hingga 10

CARA BERMAIN

  1. Sediakan batang aiskrim yang sudah dihias dan kepitkan klip kertas mengikut nombor yang ditentukan.
  2. Minta anak menghitung jumlah klip kertas pada batang aiskrim
  3. Lepaskan klip kertas dari batang aiskrim
  4. Minta anak mengetipkan klip kertas pada batang aiskrim mengikut nombor yang tertera

Tak faham? Perlukan contoh?

Jangan risau, anda boleh rujuk video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=VIBKspB4t5k

Di Beana HomeQuran ada perkhidmatan pembelajaran Al-Quran buat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Secara atas talian lagi! Tak perlu susah-susah keluar rumah.

Boleh klik link saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.