BeanaHomeQuran

DAFTAR GURU

Jom daftar sebagai guru di Beana® Quran

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ:
رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ،
وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا.

“Tiada iri hati yang diperbolehkan kecuali dalam dua perkara:
(1) Seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya harta, lalu ia gunakan di jalan kebenaran.
(2) Seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya hikmah (ilmu), lalu ia mengamalkannya dan mengajarkannya.”

Guru Beana® quran

Guru Beana® Quran akan mengajar secara ke rumah, online ataupun di Beana® Quran Centre (Kota Damansara) dengan dilatih oleh Beana® Akademi. Tutor akan mengajar pelajar sama ada kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. Para tutor akan membantu semua golongan masyarakat untuk belajar mengaji, fardhu ain dan juga hafazan. Jawatan kosong yang ditawarkan adalah untuk semua lapisan masyarakat yang memiliki kelayakan mengajar Al-Quran. 

Kami mengalu-alukan kesudian anda untuk menjadi sebahagian besar keluarga Beana® Quran. Anda boleh menyumbang kepada kejayaan anak-anak dalam pendidikan Al-Quran. Semoga dengan menjadi tenaga pengajar ini, anda akan mendapat saham akhirat kelak. Amin

Jawatan yang ditawarkan:

KELEBIHAN Mengajar Bersama Beana® Quran

Latihan pengajaran sebelum pembelajaran

Jana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan

Tidak perlu mencari pelanggan

Bekerja dengan masa fleksibel

Soalan Lazim

3 kaedah mengajar di Beana® Quran iaitu;
i. mobile quran (mengajar ke rumah pelajar)
ii. online quran (mengajar secara online)
iii. Beana® Quran Center (mengajar di pusat ngaji Beana®)

Minimum pelajar adalah 1 dan maksimum pelajar adalah 10.

1 jam sahaja @ bergantung pada permintaan pelajar.

Para tutor boleh tetapkan jadual mengikut permintaan pelanggan iaitu seperti waktu petang, malam dan hujung minggu.

Boleh. Tutor boleh mengajar secara sambilan. 

Boleh, kami akan sediakan latihan sebelum memulakan pengajaran. 

DAFTAR DI SINI