fbpx
cara cepat kaya

Cara Cepat Kaya Menurut Islam

Cara Cepat Kaya Menurut Islam

cara cepat kaya

Cara cepat kaya melalui jalan keberkatan? Baca sampai habis untuk ketahui.

Kekayaan manusia termasuk dalam rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Walaupun rezeki ini ditetapkan oleh Allah SWT, sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran dan perasaan, kita semestinya menginginkan rezeki yang secukupnya ataupun lebih.

Allah SWT telah berfirman di dalam surah Faatir yang bermaksud, “Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?” (Surah Faatir : 3)

Ayat di atas Allah telah memberi jaminan bahawa Dia akan mengurniakan nikmat dan rezeki kepada hambaNya yang menyembahNya. Tetapi, ada sesetengah manusia yang bertindak mengambil jalan pintas untuk menjadi kaya yang sudah jelas diharamkan Islam.

Padahal, Allah sudah menjamin akan memberikan rezeki kepada seluruh hambaNya sekiranya memintanya dengan cara yang betul. Tidak perlu bersusah-payah untuk berbuat dosa untuk mendapatkan kekayaan. Ini adalah beberapa cara untuk menjadi cepat kaya secara halal.

Sentiasa Bersyukur Kepada Allah SWT

bersyukur

Perkara ini mungkin merupakan perkara yang paling susah untuk dilakukan. Manusia memang sifatnya tidak pernah berasa puas, selalu merasa serba kekurangan dan menginginkan yang lebih banyak daripa yang diperlukan dalam hidup.

Dengan melihat kemewahan orang lain, kita merasakan hidup kita seperti serba kekurangan. Secara tidak sedar, hal ini telah menjadi salah satu sebab mengapa kadang-kalanya kita merasa kekurangan walaupun telah diberikan rezeki yang secukupnya.

Oleh itu, sentiasalah memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT ke atas segala yang telah dikurniakanNya. Walaupun ianya tidak banyak, ianya memadai dan cukup dengan kehidupan anda.

Rajinkan Beribadah Kepada Allah SWT

Beribadah kepada Allah merupakan kewajipan bagi setiap makhlukNya. Baik ibadah wajib mahupun sunat, rajin-rajinkanlah beribadah kepadaNya. Tidak rugi bagi sesiapa yang melakukan ibadah keranaNya.

Solat sunat tidak diwajibkan untuk dilakukan. Tidak berdosa jika tidak melakukannya, tetapi sekiranya melakukannya akan mendapat pahala. Kalau kita inginkan rezeki yang lebih, lebihkanlah beribadah kepada Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dosa kami’; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah : 58)

Bersedekah

Sedekah merupakan salah satu amalan yang boleh mendatangkan rezeki kepada kita. Membantu orang yang memerlukan, Allah pasti akan membantu kita saat kita memerlukanNya. Lebih banyak kita bersedekah, inshaAllah lebih banyak kita akan menerimanya.

Amalan bersedekah ini amat dimuliakan oleh Allah SWT. Ini kerana dengan bersedekah bermakna kita peduli akan sesama manusia dan Allah menyukasi hambaNya yang pedulikan makhluk yang diciptakanNya.

Ini telah dibuktikan dalam firman Allah yang bermaksud, “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah Al-Baqarah : 195)

Amalkan Solat Dhuha, Solat Hajat & Solat Tahajjud

Walau sesibuk manapun kita bekerja, amalkanlah melakukan solat dhuha walaupun hanya 2 rakaat. Setelah itu, bacakan doa untuk meminta rezeki yang halal dan berkat daripada Allah SWT.

اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksudnya, “Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu adalah dhuhaMu, keagungan itu merupakan keagunganMu, keindahan itu merupakan keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah kekuasaanMu, dan penjagaan-penjagaan adalah penjagaanMu. “Ya Allah, jika rezeki aku masih di langit maka turunkanlah, jika ada di dalam bumi maka keluarkanlah, jika sulit maka mudahkanlah, apabila itu haram maka sucikanlah, jika jauh maka dekatkanlah. Demi kebenaran dhuhaMu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu dan kekuasaanMu, berikanlah kepadaku sebagaimana apa yang engkau berikan kepada hambaMu yang soleh.”

Selain melakukan solat dhuha, solat hajat juga sangat disyorkan untuk dilakukan bagi melancarkan segala urusan dan rezeki kita. Mintalah kepada Allah SWT segala hajat yang diinginkan, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Memberi.

Amalkan juga solat tahajjud disepertiga malam. Di saat orang lain sedang tidur, bangunlah untuk mengerjakan solat tahajjud kerana, banyak malaikat yang turun ke bumi dan mendengarkan doa-doa kita selain Allah yang Maha Mendengar.

Rajinkan Berzikir

Di samping itu, jangan lupa untuk berzikir. Berzikir ini adalah salah satu cara paling mudah untuk mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah. Zikir boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada ketika berdiri mahupun duduk membuka ataupun menutup mata, dilafaz atau dibacakan didalam hati.

Dengan berzikir juga kita akan mendapat ketenangan hati. Hal ini kerana, kita yakin dan sedar bahwa Allah boleh melakukan dan memberikan apa-apapun kepada manusia. Serahkan diri dan tawakkal kepada Allah adalah hal yang paling baik kerana kita menyerahkan hidup kita kepada Yang Maha Dasyat yang menguasai seluruh alam.

Berdoa

Allah sangat suka dengan hambaNya yang sentiasa memanjatkan doa dan melibatkan Allah dalam setiap urusannya. Oleh itu, sangatlah dianjurkan untuk berdoa kepada Allah dalam mencari rezeki. Ini kerana, Allah Maha Mengabulkan segala yang dipohonkan oleh hambaNya.

Ini telahh dijelaskan di dalam firman Allah, “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah Al-Baqarah : 186)

Itulah di antara amalan yang perlu dilakukan oleh umat Islam sekiranya ingin  mendapatkan rezeki kekayaan daripada Allah SWT. Paling penting sekali, perdalamkanlah keilmuan dan keimanan kita terhadap pencipta kita maka rezeki itu akan sentiasa mengikuti kita di dunia ini.

Carilah rezeki itu dengan cara yang diredhai Allah. Jangan sesekali menggunakan jalan yang pintas untuk menjadi kaya. Cara yang tidak halal akan memakan diri kita sendiri.

Firman Allah SWT bermaksud, “Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Asy-Syura : 12)

Allah juga berfirman yang bermaksud, “Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” (Surah An-Nahl : 112)

Amalkan Membaca Al-Quran

Membaca Al-Quran tidak kurang pentingnya dalam melancarkan urusan rezeki kita. Terdapat beberapa surah di dalam Al-Quran yang memiliki fadhilat untuk mendapatkan rezeki di dunia dan di akhirat.

Salah satu surah yang digalakkan untuk membaca sekiranya ingin ditambah rezeki adalah surah Al-Waqi’ah.

Daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR Al-Baihaqi)

Selain itu, surah lain yang boleh diamalkan untuk membacanya adalah surah Ar-Rahman. Surah ini menekankan tentang bagaimana berbagai-bagai nikmat yang diberikan oleh Allah SWT sama ada itu kenikmatan yang telah diberikan mahupun yang belum atau akan diberikan kepada makhlukNya termasuk jin dan manusia.

Jika anda mencari tempat untuk pembelajaran Al-Quran, anda dialu-alukan ke Beana HomeQuran. Beana menyediakan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran secara online! Klik saya mahu belajar Al-Quran online untuk maklumat lanjut.

Dengan membaca dan memahami surah Ar-Rahman ini, nescaya kita akan menyedari serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah sehingga Allah sentiasa membuka luas pintu rezekinya untuk memenuhi segala keperluan kita.

Semoga cara cepat kaya ini memberi manfaat!