JOHNSON&JOHNSON PUNCA KANSER OVARI??

 

Gambar dari fotographer Lucas Jackson/Reuters

 

 

 

Syarikat popular farmaseutikal Johnson&Johnson diperintahkan untuk membayar lebih (RM18.6 bilion) kepada 22 wanita yang mendakwa bedak daripada syarikat tersebut telah menyebabkan kanser.

Perintah ini telah dikeluarkan oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat iaitu Mahkamah Missouri dan sayrikat tersebut telah dikaitkan dengan 9,000 kes yang sama.

Mangsa mendakwa mereka telah menghidap kanser ovary disebabkan oleh talcum termasuk bedak keluaran Johnson&Johnson mengandungi asbestos.

Peguam kepada wanita terbabit iaitu Mark Lanier meminta agar produk Johson&Johnson diberhentikan daripada pasaran sebelum mengakibatkan lagi banyak kematian dan penyakit yang lebih teruk.

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/07/13/bedak-johnson-kanser/

Leave a Comment

Your email address will not be published.