SCHOLAR PROGRAM
Tingkatkan ilmu agama anda bersama Ustaz Barry melalui program hybrid. Gabungan pembelajaran online dan kelas fizikal secara sistematik, santai dan mudah difahami.
Beana Scholar hadir untuk mereka yang mahu berubah, mencari ilmu yang boleh membimbing hidup dan menenangkan jiwa. Dengan kitab turath sebagai rujukan utama, anda akan faham agama secara mendalam — bukan sekadar dengar, tapi hayati. Kelas fiqh, tafsir, tadabbur, bahasa Arab dan solat dalam bentuk bersiri atau santai, tersedia secara fizikal & online. Ilmu yang membina, amal yang menyembuh.
Platform ilmu sepanjang hayat untuk golongan dewasa yang ingin mendalami fiqh, tafsir, tadabbur, bahasa Arab dan solat — melalui kitab turath yang sahih dan bersumber. Kelas diadakan secara bersiri atau santai mingguan, dengan suasana interaktif dan mudah difahami. Boleh diikuti secara fizikal, online atau e-learning. Beana Scholar – Ilmu berakar, jiwa terpugar.
Tak kira usia, jadual sibuk atau tahap bacaan anda boleh belajar dari mana-mana sahaja.
Bersama Ustaz Barry, dalam suasana penuh bimbingan dan penghayatan.
BEANA SCHOLAR
Daurah Fiqh:
Bab Solat
Pelajari asas dan kefahaman solat secara teori dan praktikal.
BEANA SCHOLAR
Daurah Bahasa Arab Al-Quran
Belajar asas Bahasa Arab untuk memahami Al-Quran dan kitab klasik.
BEANA SCHOLAR
Daurah Fiqh: Hadis Hadis Hukum
Seronok belajar agama, membina Muslim cilik
Daurah Fiqh: Bab Solat
Pendidikan solat yang menyentuh hati, membina kefahaman, dan menghidupkan rasa khusyuk.
Tahap 1
Kembali Khusyuk
Tahap 2
Solat Dengan Hati Yang Sedar
Tahap 3
Solat Jemaah & Solat Sunat
Butiran Program
Durasi
Tahap 1: 3 Jam
Tahap 2: 2 Jam
Tahap 3: 2 Jam
Bilangan Sesi
Tahap 2: 12 Sesi
Tahap 3: 12 Sesi
Jenis Kelas
Tahap 1: E-Learning
Tahap 2: Kelas Hybrid
Tahap 3: Kelas Hybrid
Nota Kelas Intensif Solat (Beginner) merupakan modul pembelajaran yang disusun secara sistematik oleh Ustaz Ibnu Abdil Barry khusus untuk membantu peserta memahami asas solat dengan lebih jelas dan teratur. Disampaikan dalam gaya bahasa yang mudah difahami serta disertakan dengan nota bergambar, buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan semasa pembelajaran atau ulang kaji kendiri. Buku ini diberikan secara percuma kepada semua peserta Program Daurah Solat — dalam bentuk cetak (fizikal) bagi kelas bersemuka, dan salinan digital (PDF) bagi kelas secara dalam talian.
Ustaz Barry, atau nama penuhnya Ibnu Abdil Barry bin Ubaidillah, merupakan pengasas dan penasihat Beana Home Quran yang berpusat di Kota Damansara. Beliau merupakan penulis dan penyusun modul pendidikan Islam, serta aktif mengajar di pelbagai institusi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Di antara karya beliau adalah:
Menterjamahkan Kitab-kitab klasik seperti:
Aktif mengajar Dan memberi kuliah di:
Terima perkongsian eksklusif, tazkirah mingguan, video kuliah, dan info program terus ke WhatsApp anda.