Siapa perasan, sebenarnya anak dan ibu ni memang selalu bergaduh sejak kecil sekecilnya lagi,

Cuba kita lihat dan ingat kembali, anak seumur 1tahun akan ada tangisan sebab ada permintaan mereka, tetapi ibu akan selalu larang, bagi anak yang memilki akan tetapi belum mumaiyiz tidak boleh berfikir hal ini salah dan itu benar, tapi mereka akan terus menjerit dan menangis tak berhenti kerana mereka inginkan hal itu, tetapi berbeza pandangan pula dengan ibu, ibu melihat ia tidak pantas untuk dilakukan oleh anaknya kerana bagi ibu yang selalu berfikiran jauh itu hal yang memudaratkan anak tersebut. Maka akan terus berlaku perselisihan faham anatara ibu dan anak.

Meningkat alam 7tahun, anak kecil tadi sudah mulai boleh membezakan mana amukan ibu dan mana kasih sayang ibu, tetapi tetap akan ada pergaduhan antara mereka berdua dek kerana, anak akan terus meronta meminta hal yang bagi ibu ia sudah tidak pantas untuk seusia anak kecil itu. Akan ada jeritan kecil oleh sang anak dan akan ada dengusan amarah oleh sang ibu.

Terus dan terus dengan dewasa seorang anak, meningkat remaja sudah mulai ada habit (kebiasaan) anak yang sang ibu akan terus ada sahaja yang ibu tidak persetujui, dan anak juga akan terus merasakan ibu terlalu menekannya,ibu selalu menghalangnya, ibu selalu dan sering tidak mahu mengenalnya.

 

Inilah situasi yang berlaku pada anak dan ibu, akan sering ada pertelingkahan sejak kecil lagi.

Ada pelbagai solusi yang selalu diterangkan oleh pakar-pakar motivasi, ada pelbagai pesan yang disampaikan oleh sang ustaz, tetapi paling utama bagi seorang anak dan ibu adalah BAGAIMANA MENYIKAPI SIFAT SABAR DAN BAGAIMANA MENJALANKAN SIFAT SABAR

Banyak orang boleh bercerita tentang sabar, banyak kitab yang ditulis mengenai sifat ini, dan banyak method yang dianjurkan untuk sifat ini, akan tetapi ia kembali pada kita sendiri untuk dijadikan amalan untuk kedua artis diatas ni, kerana keduanya memiliki sifat yang akan dihisab dan dihitung oleh Allah dihari akhirat nanti

Leave a Comment

Your email address will not be published.