Banyak yang yang dipertanggungjawabkan diatas bahu seorang wanita yang bergelar ibu, isteri, pekerja kepada syarikat atau kerajaan, sehinggakan masa yang diimpikan oleh anak-anak untuk bermesra bersama berlalu begitu sahaja.

Pelbagai usaha yang disarankan oleh pakar motivasi, untuk terus mengekalkan stamina berbentuk motivasi dan kekuatan seorang wanita yang menyandang pelbagai gelar didalam satu waktu, agar kehidupan mereka terus kuat melaksanakan satu persatu amanah yang yang dipertanggungjawabkan diatas kudrat mereka.

Kerana semua sedia maklum, segala hal yang dipertanggungjawabkan akan ada hari perhitungan amal bagi semua gelaran yang diberikan keaatas seorang waanita.

Tips yang terus mengekalkan kekuatan untuk terus bangkit sebagai seorang ibu yang boleh memberikan pendidikaan agama yang terbaik kepada anak-anak yang dititpkan oleh Allah

AKTIVITI HARIAN UNTUK MEMBUAT ANAK-ANAK MENGAJI DALAM PANTAUAN IBU YANG BERKERJAYA

  1. Sediakan makan malam lebih awal untuk mengelakkan makan lewat
  2. Makan malam seawal yang mungkin untuk memastikan selepas magrib sudah tidak ada progam makan
  3. Solat magrib berjemaah anak dan ibu
  4. Jika ibu menjadi imam pada anak-anak, perjelaskan bacaan ibu agar anak-anak mendengar dengan baik
  5. Memulakan dengan membaca alfatihah
  6. Dimulakan membaca Al-Quran oleh sang ibu, jika lavel bacaan sama, maka baca setiap satu page dibahagi dua agar anak tidak terlalu lama menunggu ibu membaca Al-Quran begitu juga sebaliknya
  7. Bagusnya setiap hari membaca Al-Quran sekurang-kurangnya empat halaman antara perkongsian anak dan ibu
  8. Jika anak-anak masih kecil, memastikan ibu mengajar dengan aktiviti agar menjaga emosi ibu untuk terus bersabar dalam proses pengenalan anak-anak pada Al-Quran
  9. Pelbagaikan aktiviti mengaji seperti mengaji sambil mengait flash card
  10. Mengaji bersama PEN
  11. Mengaji bersama gadjet, pelbagai apps hari ini yang boleh menjadi alat bantu mengaji Al-Quran.
  12. Berikan hafalan dan diperdengarkan oleh ibu
  13. Meminta anak-anak membaca surah hafazan semasa ibu sedang sibuk memasak dengan dipantau melalui video ( minta pada anak untuk membuat video selasa 1minit untuk hafazan yang telah dihafal) sangat sesuai kepada anak yang tidak fokus dan sediakan phone atau apasahaja yang boleh meekod aktiviti mereka.
  14. Rekod aktiviti mereka, jika anak-anak memiliki akaun FB atau Telegram mereka sendiri, share aktiviti tersebut didalam group yang telah dicreat oleh ibu dan ahlinya cukup hanya berdua, ia hanya diperlihat kepada anak kesungguhan anak-anak ingin belajar mengaji bersama ibu tercinta mereka
  15. Berikan kelas formal seminggu sekali untuk memberi anak-anak peluang belajar Al-Quran bersama ustaz atau ustazah yang memang memiliki ilmu yang luas dalam membaca Al-Quran.

semoga tips ini boelh dimanfaatkan oleh para ibu yang berusaha untuk mendidik anak-anak mengaji Al-Quran bersama ibu.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.