Pelbagai cerita yang boleh tercoret ketika dibangku kuliah, terdengar rakan-rakan terpaksa berhenti kuliah kerana terpaksa menjaga ibu bapa yang sakit, tidak kalah juga ceritanya menangguh perkuliahan kerana terpaksa menyara kehidupan adik beradik kerana ibu bapa telah tiada.
Tetapi selalu menjadi cerita panas menikah dizaman belajar di Universiti, adakah ia sebuah kesalahan? Ia memiliki pelbagai jawapan dengan pelbagai alasan
 
SALAH: jika memiliki unsur-unsur kemudaratan pada pasangan, paksaan yang membawa mudarat adalah sesuatu yang tidak boleh diteruskan
BOLEH: boleh jadi kerana pelbagai faktor telah terlaksana,
Apa yang perlu diambil berat ketika mengambil keputusan untuk menikah diusia muda
 
Pertama: meminta pandangan pada ibu dan ayah, bukan memaksa, akan tetapi lebih kepada menyatakan alasan kukuh dan meminta persetujuan dengan seikhlas hati mereka
 
Kedua: bertanya pada ALLAH, banyak yang perlu dipertanyakan pada Allah,tanya pada Allah adakah dia begitu dekat MU ya Allah, adakah dia benar-benar menyembah Mu dengan sebenar-benar penyembahan, adakah dia lelaki yang sangat mencintai Islam dengan sebenar-benar islam, jika dari segala pertanyaan diatas dijawab “ya”, mintalah pada Allah berikanlah sebahagian cintanya kepada kita, yang memerlukan dia untuk kesempurnaan agama kita, dan mintalah seperti apa yang diminta didalam sanubari kita.
 
Jawapan diatas akan terjawab jika benar-benar kita meminta pada Allah dengan tanpa henti mempelajari solat dengan baik, mempelajari wuduk dengan sempurna, mempelajari adab berdoa dengan keadaan yang terbaik.
Allah akan berikan perkara yang baik kepada orang baik, pilihan untuk menikah diusia muda bukanlah sesuatu yang janggal dimata islam, akan tetapi biarlah kita matang bertanya pada Allah maka insyaallah, rezeki itu adalah milik Allah dan Allah jua yang akan berikan kepada hambanya.
 
ingin mencari duit tambahan semasa menjadi pelajar?
jom jana pendapatan dengan menjadi guru hometuition
jana pendapatan RM1,000 sebulan hanya dengan kerja separuh masa
www.beanahomequran.com

Leave a Comment

Your email address will not be published.