fbpx

Bacaan Al-Quran 30 Juzuk & Tips Berhubung Dengan Kalamullah

Bacaan Al-Quran 30 Juzuk & Tips Berhubung Dengan Kalamullah

Bacaan Al-Quran 30 Juzuk & Cara Melancarkan Pembacaan

Adakah anda selalu berasa susah untuk membaca Al-Quran? Adakah anda jarang menyentuh Al-Quran? Atau anda sering membaca Al-Quran tetapi bacaan anda masih belum lancar mengurangkan kejiwaan ketika membacanya? Kelebihan dapat menghafaz 30 juzuk Al-Quran merupakan impian setiap orang yang bergelar Muslim. Jadi, hari ini saya nak kongsikan cara melancarkan bacaan Al-Quran 30 juzuk sekaligus mampu menghubungkan kejiwaan dengan Al-Quran.

Niat Yang Betul

Pertama sekali, perkara yang paling penting adalah anda perlu betulkan niat anda sebelum memulakan pembacaan. Tetapkan niat anda membacanya hanya kerana Allah dan ingin menghubungkan jiwa dengan nikmat Al-Quran bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan juga kerana mengikut trend.

Dengan niat yang betul, InshaAllah, Allah akan membantu dan memudahkan anda ketika membacanya. Ingatlah bahawa, Nabi Muhammad SAW digelarkan sebagai Al-Quran bergerak kerana baginda tidak hanya membaca dan mengalunkan Al-Quran, tetapi baginda juga turut menghidupkan apa yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

Ambil Wuduk

Sebelum anda mula membaca Al-Quran, eloklah anda mengambil wuduk sebagai persediaan mental dan fizikal yang baik. Ia juga untuk mengingatkan anda bahawa anda bukan sekadar membaca ‘buku’ yang biasa. Sebenarnya anda ingin berhubung dengan Allah. Oleh itu, perlulah anda menjaga kebersihan diri dan jadikannya sebagai satu keutamaan yang penting apabila anda ingin menghadap Allah SWT.

Luangkan Waktu

Waktu seringkali menjadi alasan bagi kebanyakan orang menunda belajar. Komitmen yang anda ada telah menghadkan waktu anda untuk menghadap dan berhubung Allah.  Jika anda bukan seorang yang sentiada membaca Al-Quran, ini pastinya agak berat untuk dilakukan.

Bacaan Al-Quran 30 Juzuk & Cara Melancarkan Pembacaan

Curi masa sekurang-kurangkan 10 ke 20 minit setiap hari untuk membaca Al-Quran. Waktu yang disyorkan adalah selepas masuknya waktu Maghrib sementara menunggu masuknya waktu solat Isyak. Tak perlu lama-lama, yang penting konsisten. Anda juga boleh mencuba membaca satu ke dua halaman. Pilihan waktu dan halaman ini anda boleh sesuaikan mengikut kehendak anda.

Faham Apa Yang Dibaca

Luangkan masa untuk selesaikan bacaan Al-Quran 30 juzuk dan fahamkan apa yang anda baca. Walaupun Al-Quran itu dalam bahasa arab, carilah terjemahan supaya anda faham maksud di sebalik setiap ayat yang anda baca. 

Pastikan anda mempunyai terjemahan Al-Quran yang baik dan dalam bahasa yang anda mudah fahami. Sentiasalah membaca terjemahan Al-Quran untuk memahami apa yang anda telah baca. Pasti hati anda akan berasa tenang dan menjumpai jawapan-jawapan yang anda cari daripada setiap permasalahan yang terjadi dalam hidup ini.

Al-Quran bukan hanya sekadar untuk didengar oleh telinga, tetapi harus didengar sampai ke hati. Ini kerana fungsi membaca al-Quran itu ada dua iaitu, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia adalah untuk mengubati. Oleh itu, jadikan Al-Quran itu sebagai peti aduan anda.

Jangan Hanya Baca, Dengarkan Juga

Di zaman yang canggih ini, jangan terhadkan diri anda untuk merapatkan diri dengan kalam Allah. Terdapat banyak aplikasi dan audio yang anda boleh download dan dengar menggunakan smartphone anda. Ini secara tidak langsung akan memperbaiki bacaan anda dari semasa ke semasa. Kaedah Belajar Membaca Al-Quran Sendiri akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara untuk membaca Al-Quran dengan betul dan berkesan.

Belajar Tajwid

Alunan Al-Quran itu sendiri adalah salah satu seni terhebat yang boleh anda lakukan. Untuk tingkatkan keindahan Al-Quran, anda perlu membaca dengan makhraj huruf yang betul. Jadi, anda perlu belajar tentang hukum-hukum tajwid.

Terdapat juga Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak dalam warna yang berbeza untuk memudahkan anda mengenalpasti sesuatu hukum itu dengan cepat. Pada masa yang sama, pembelajaran tajwid juga boleh melancarkan pembacaan anda serta menggunakan alunan yang betul. Anda juga boleh membaca Tips Mengajar Dan Belajar Iqra’ Dengan Mudah untuk melancarkan pembacaan bermula dengan perkataan pendek.

Cari Pembimbing

Al-Quran menggunakan bahasa arab yang bukan bahasa harian anda. Oleh itu, anda memerlukan seorang kawan untuk melihat pembacaan anda. Kawan yang boleh membimbing anda dan sudah fasih bacaannya, bolehlah menyemak pembacaan anda. Sekiranya terdapat kesalahan tajwid, bolehlah dia memperbetulkannya. Dengan itu, anda tidak akan membuat kesalahan yang sama lagi.

Bacaan Al-Quran 30 Juzuk & Cara Melancarkan Pembacaan

Anda boleh pilih seorang pembimbing daripada kalangan rakan sebaya, keluarga atau uztaz/ustazah. Jadi, pilihlah seorang yang sesuai menjadi pembimbing anda dalam membaca Al-Quran ini. Anda boleh ke Beana HomeQuran untuk belajar mengaji bersama para guru bertauliah. Klik saja <mark>saya nak belajar Al-Quran online!</mark> untuk maklumat lanjut.  

Untuk melancarkan bacaan Al-Quran 30 juzuk dan menghubungkan kejiwaan kita dengan Kalamullah ini memerlukan masa. Tidak perlulah anda terburu-buru untuk cepat lancar, sebaliknya teliti dan perbetulkan secara perlahan-lahan supaya anda akan lebih mudah untuk mengingati kesalahan anda sekaligus melancarkan bacaan anda.

“Seseorang yang lancar membaca Al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan senantiasa selalu taat kepada Allah, adapun yang membaca Al-Quran dan terbata-bata di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut maka baginya dua pahala.” (HR Muslim) ')}