Mengaji Al-Quran 30 Juzuk Bagi Wanita Bekerjaya? 3 tips Ini Membantu Anda.

Mengaji Al-Quran 30 Juzuk Bagi Wanita Bekerjaya? Tips ini Membantu anda.

Bila kita dah mula bekerja dan sibuk bekerja selalunya memang tak kan ada masa nak buat kerja lain kan. Hatta nak sikat rambut pun tade masa (yelaa tu:) ). Seawal pagi dah keluar rumah untuk terus berjaya dalam bidang kerjaya pulang pula dah lewat malam. Bila nak selit mengaji Al-Quran 30 juzuk ya?

Bila sampai rumah dah penat mulalah lupa untuk membuat aktiviti rohani seperti mengaji Al-Quran 30 juzuk, membaca tafsirannya, menghafal surah-surah pendek dan bertadabbur.

Admin nak share 3 tips bagaimana anda menjadi wanita super busy tetapi kekal mengaji Al-Quran 30 juzuk setiap bulan.Pssstttt, tips di bawah bukanlah semata-mata tips di rumah saja tetapi untuk kepelbagaian keadaan ataupun situasi anda berada. Teruskan membaca ya!

1. Tentukan Target atau Sasaran

Setiap pencapaian perlu ada target atau sasaran. Okeh, cara membuat target mengaji Al-Quran 30 juzuk perlu menyediakan jadual yang direka sendiri mengikut kesesuaian masa anda yang available dalam sehari ataupun boleh saja download di Jadual Mengaji 30 Juzuk.

Dengan target yang dibuat dapat membantu anda mengaji Al-Quran secara istiqamah dan sistematik. Berazamlah untuk memiliki jadual yang baik untuk mengaji Al-Quran agar bahagia dunia dan akhirat.

2. Mendengar Melalui Smartphone

Teknologi yang semakin canggih sekarang dapat membantu wanita yang bekerjaya untuk kekal mengaji Al-Quran walau dimana pun anda berada tak kira masa dan juga keadaan. Hanya di hujung jari saja anda dah boleh buka apps mengaji di smartphone. Mesti ada smartphone kan?

Bila dah ada apps tersebut dalam smartphone anda, kemana saja anda boleh buka dan dengar ayat Quran tesebut. Apps apa yang sesuai untuk digunakan? Boleh lihat pada gambar di bawah.Admin dah sediakan untuk anda. Ada 8 pilihan mp3 offline yang anda boleh install di smartphone anda.

3. 4 Pages Dalam 1 Waktu

1 juzu’ ada 20 pages betul? Jadi buat list atau reminder setiap kali selepas solat cuba mengaji Al-Quran dalam 4 pages. Macam mana kalau berada di office ketika itu?

Ada 2 pilihan sama ada sambil kerja dengan memperdengarkan ayat tersebut ataupun bawa saja page tersebut untuk solat seterusnya. Paling mudah dengarkan saja dalam perjalanan balik ke rumah. InshaAllah dalam sehari boleh selesai 1 juzu’ kita.


Semoga penulisan ini dapat menjadikan jalan  kepada kita untuk meraih pahala dan mendalami ilmu Allah sebagai wanita yang bekerjaya dan supaya kita semua juga dapat menyeimbangkan kekuatan fizikal dan rohani dalam perkara dunia dan juga akhirat. InshaAllah.

Dialukan kepada yang membaca untuk berkongsi artikel ini kepada yang lain ya. Semoga semua mendapat manfaat daripada penulisan ini. Selamat Beramal !

3 Tips Kumpul Pahala Sebagai Isteri Di Bulan Ramadhan

3 Tips Kumpul Pahala Sebagai Isteri Di Bulan Ramadhan

Golongan wanita adalah antara golongan yang mudah untuk merebut pahala lagi-lagi bila tibanya bulan Ramadhan. Tetapi kita yang menjadikannya sukar untuk dipraktikkan. Sebab apa? Sebab kebanyakan dari golongan wanita terlalu busy dengan kerja dan ada juga yang busy dalam menguruskan hal rumah tangga dan juga urusan anak-anak. Dan mungkin inilah antara faktor yang membuatkan golongan wanita tidak sempat untuk melakukan amalan kebaikan di bulan puasa. Di sini sedikit perkongsian cara bagaimana wanita boleh melakukan tugasan yang baik di bulan Ramadhan dan mendapat manfaat dari apa yang mereka lakukan.

Menyediakan juadah sahur dan berbuka

Isteri antara orang yang busy di dapur bila tibanya bulan ramadhan kerana mereka yg akan menyediakan makanan. Dan inilah peluang untuk wanita merebut pahala walaupun dalam kesibukan di bulan Ramadhan.  Inilah janji pahala yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebutkan,

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (Riwayat At-tarmizi)

Bayangkanlah jika di dalam satu keluarga itu ada 4 atau 5 orang berpuasa maka betapa besarnya pahala yang disediakan oleh Allah swt untuk wanita atau isteri yang bertungkus lumus menyediakan hidangan bagi mereka sekeluarga.

Melakukan tugasan rumah sambil berzikir kepada Allah

Para isteri boleh berzikir atau pun memasang radio mengaji dan hanya mengikuti bacaan dari radio tersebut sambil melakukan tugasan rumah untuk menghidupkan suasana ibadah di rumah tersebut. Amalkan dengan zikir yang ringkas sahaja. Setiap kali melakukan tugasan mulut pun boleh terkumat kamit dengan zikir-zikir.

Pernah suatu masa Saidatina Fatimah mengadu pada bapanya Rasulullah saw akan beratnya melakukan tugas-tugas rumah, lalu di jawab oleh Baginda dengan menyebut:

Baginda bersabda: “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim)

Mengajarkan anak mengaji

Dalam bulan Ramadhan, cuba untuk cari dan tetapkan satu masa yang boleh untuk mengajarkan anak mengaji. Ataupun boleh melakukan aktiviti bertadarrus bersama keluarga. Aktiviti ini dapat membantu mengukuhkan hubungan kekeluargaan dari segi rohani dan jasmani. Cuba penuhkan masa anak di bulan Ramadahan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah supaya kita dapat melatih anak berpuasa penuh sejak kecil lagi. Mungkin anak juga akan terleka semasa melakukan aktiviti tersebut sehinggakan tidak sedar masa berbuka semakin hampir.

Senangkan sebenarnya para isteri boleh mendapatkan pahala yang banyak di bulan Ramadhan ini. Hanya melakukan amalan yang boleh memberi manfaat kepada diri dan orang lain sahaja sudah mendapat pahala. MasyaAllah. Jadi, lakukan lah sebanyak amalan yang baik di bulan Ramadhan ini dan cuba untuk konsisten dengan amalan yang dilakukan selepas sahaja Ramadhan meninggalkan kita. Semoga perkongsian ini juga dapat memberi manfaat dan galakan kepada golongan wanita di luar sana untuk memperatikkan amalan tersebut dalam keluarga mereka. InshaAllah..

3 Aktiviti Para Ibu Boleh Lakukan Bersama Anak Dalam Bulan Ramadhan

3 Aktiviti Para Ibu Boleh Lakukan Bersama Anak Dalam Bulan Ramadhan

Tiba bulan ramadhan saja, para ibu mesti risau  jika anak-anak tidak dapat menahan puasa di saat akhir? Bagaimana kita sebagai ibu boleh membuatkan anak bertahan untuk puasa seharian penuh. Dan apa pengisian yang ibu boleh lakukan sepanjang anak berpuasa? Jadi,disini sedikit cadangan atau perkongsian untuk para ibu memenuhi masa anak dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik.

 

Hari cintai Al-Quran

Setiap hari lakukan aktiviti bersama anak dengan al-Quran. Terpulang pada ibu-ibu jenis aktiviti tersebut. sama ada mengaji ,menghafal atau pun menceritakan kisah-kisah yg terdapat di dalam al-Quran. Lebih menarik jika setiap aktiviti tersebut ibu-ibu selitkan unsur seni dan kraf supaya dapat membantu dari segi proses kefahaman dan penghayatan anak. Tetapkan masa untuk sesi dengan Al-Quran, tidak terlalu lama dan tidak terlalu sekejap. Bergantung juga dengan kemampuan anak tersebut. 

Didik anak dari kecil mencintai AL-Quran,bila mempunyai masa terluang ajar anak membaca Al-Quran. Sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya.” (HR. Al Bukhari)

 

Tabung sedekah

Sediakan satu tabung untuk anak. Galakkan anak bersedekah di bulan ramadhan. Para ibu boleh buat sendiri tabung-tabung pelbagai bentuk dan menarik supaya anak seronok untuk bersedekah. Banyak kelebihan jika kita amalkan amalan bersedekah. Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 133-134 mengenai bersedekah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Justeru, setiap apa yang diperintahkan Allah itu pasti ada manfaatnya. Bila Allah menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu sama ada dalam bentuk wajib atau sunat, walaupun pada awalnya dilihat begitu sukar, jika dilakukan pasti ada kemanisan pada akhirnya.

Dekorasi Menu iftar

Semasa ingin menyediakan juadah berbuka, ajak anak-anak untuk membantu ibu di dapur. Sambil menyediakan Ibu-ibu boleh berzikir bersama anak-anak. Minta anak-anak menyedikan menu ringkas seperti sandwish , agar-agar beraneka warna dan macam-macam lagi. 

Dan boleh juga melatih anak untuk berkongsi juadah berbuka sesama jiran tetangga yang berdekatan. Lagi-lagi kepada mereka yang kurang berkemampuan. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Macam-macam  lagi aktiviti yang para ibu boleh lakukan bersama anak di bulan ramadhan. Semoga para ibu  dapat melatih anak berpuasa sejak kecil lagi dan penuhi masa anak ketika berpuasa dengan pelbagai aktiviti yang bermaanfaat. Dengan adanya pelbagai aktiviti anak-anak akan leka dan tidak sedar masa berlalu dengan cepat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya,anda dan kita semua. Selamat Mencuba!

3 Cara Khatam Quran Di Bulan Ramadhan Sambil Memandu

3 Cara Khatam Quran Di Bulan Ramadhan Sambil Memandu

Zaman sekarang ini kebanyakan masa kita akan diluangkan hanya di dalam kereta sahaja disebabkan perjalanan ke destinasi yang jauh atau tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Mungkin tidak salah kalau kita luangkan masa tersebut dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Jadi sempena bulan Ramadhan ini kita boleh luangkan masa untuk mengaji di dalam kereta. Sedikit perkongsian untuk anda bagaimana anda boleh membaca al-Quran sambil memandu kereta anda.

Anda perlu bersedia beberapa perkara dahulu sebelum memulakan perjalanan anda agar lebih fokus ketika pemanduan kenderaan itu nanti .

3 tips yang Beana akan kongsikan di bawah:-

Sediakan Pendrive dalam kereta

Ada pelbagai jenis pendrive yang boleh anda dapatkan di pasaran sekarang, boleh pilih yang mana sahaja asalkan boleh guna, isi pendrive anda dengan alunan bacaan Al-Quran mengikut sheikh yang anda sukai .

Anda boleh dengarkan di sini sheikh-sheikh yang menurut anda, anda suka dengan cara bacaan mereka, cadangan untuk anda, anda boleh memperdengarkan bacaan sheikh Mishary Rashed Al-Afasy yang bacaannya tenang dan anda mudah tangkap setiap huruf yang disebutkan. Anda boleh dapatkan audionya disini  https://bit.ly/2JuORWu.

Susun dalam pendrive mengikut nombor dan namakan surah maka boleh terus membaca mengikut susunan Al-Quran mushaf.

 

Sediakan Al-Quran didalam kereta.

Sambil mendengar sambil menghayati bacaan Al-quran dan apabila sampai ke destinasi tandakan di dalam Al-Quran anda berhenti di mana kerana ia dapat membantu anda untuk membaca pada hari seterusnya atau dalam pemanduan seterusnya.

 

Gunakan youtube channel mengikut sheikh yang anda sukai

Sambil memandu kereta sambil dengarkan dan sambil dengar sambil ikut mana yg tahu. Boleh lihat untuk channel youtube disini. Bacaan Sheikh Mishary Rashed Al-Afasy  https://bit.ly/2WzYeba.

 

Wanita hari ini perlu lebih kreatif dalam setiap keadaan. Walaupun sibuk cuba tanamkan dalam hati jangan pernah untuk meninggalkan Al-Quran.

Jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita! Bila jatuh ada Al- Quran, bila bangkit ada Al-Quran. Selamat beramal dan semoga bermanfaat.

3 Tips Ibu Diluar Sana Mendidik Anak Belajar Berpuasa Sejak 7 Tahun

3 Tips Ibu Boleh Mendidik Anak Belajar Berpuasa Sejak 7 Tahun

Para ibu nak tahu macam mana cara untuk menambah semangat anak supaya boleh belajar puasa hanya dengan melalui aura ibu? Jom dapatkan 3 tips mudah ini untuk bantu anak  memulakan puasa tahun ini.

Reward chart

Para ibu boleh sediakan carta reward yang cantik dan menarik untuk anak. Apabila anak berjaya puasa untuk hari tersebut tandakan/tampal kata-kata pujian kepada mereka. Anak akan lebih menjadi bersemangat untuk meneruskan puasa mereka.

 

Elakkan rangsangan berbentuk visual

Elakkan anak dari gambar-gambar atau rancangan televisyen yang berkaitan dengan makanan. Jika dibiarkan mereka menonton TV sepanjang hari, susah juga kerana banyak iklan-iklan makanan yang mungkin akan membuat mereka lapar!

 

Penuhi aktiviti anak dengan mengaji dan perkara yg berfaedah

Semasa anak berpuasa, anak akan kurang aktif kerana letih. Jadi para ibu boleh penuhi aktiviti anak dengan  mengaji cara yang menarik contohnya, mengaji menggunakan  barang-barang DIY supaya mereka boleh membuat aktiviti yang  dapat melekakan mereka, seperti mengaji

Inilah antara contoh-contoh aktiviti yang ibu boleh lakukan kepada anak supaya mereka terlatih dari kecil untuk berpuasa penuh. Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak mereka. Semoga anak-anak dibesarkan dalam bi’ah yang solehah. InshaAllah.

5 Kategori Isteri Derhaka

5 Kategori Isteri Derhaka

Wanita adalah hiasan dunia. Apabila wanita dipanggil sebagai isteri, ia bukanlah bermakna untuk merendahkan taraf wanita itu. Sebaliknya, ia adalah sebagai satu jaminan hak supaya isteri-isteri ini terpelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh seorang suami. 5 Kategori Isteri Derhaka Seorang isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya. Tanggungjawab ini merupakan suatu perkara yang sangat penting dan serius. Ianya tidak boleh diabaikan. Sekiranya isteri mengabaikan tanggungjawabnya, mereka akan senang mendapat laknat dan dikhuatiri akan termasuk di dalam kategori isteri derhaka.

Sekiranya terdapat isteri-isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap bahawa tanggungjawab terhadap suami itu membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sebegitu dikhuatiri termasuk di dalam golongan isteri yang menderhaka dan nusyuz. Apakah perkara yang termasuk di dalam ciri-ciri isteri yang derhaka itu?

Hal ini perlu di ambil tahu oleh para isteri sebagai langkah berwaspada supaya terhindar daripada kategori tersebut.

Tidak Mensyukuri Kebaikan Yang Dilakukan Suami

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah Ar-Ruum : 21)

Seorang isteri diamanahkan untuk bersyukur kepada suaminya yang telah memberikan nafkah zahir dan batin kepadanya. Ini kerana, dengan syukurnya isteri kepada suaminya dan tdak menuntut, maka rumahtangga akan lebih bahagia. Seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya dan banyak menuntut adalah petanda isteri tidak baik dan tidak merasa cukup dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Asy-Syura : 12)

Menyakiti Hati Suami

Isteri tidak sepatutnya dalam apa juga keadaan sekalipun mengherdik atau menyakiti hati suami. Adalah seeloknya, sebagai seorang isteri, sentiasa bersedia untuk menggembirakan dan menghiburkan hati suami sama ada dengan tingkah laku yang elok, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Firman Allah SWT, “Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ).” (Surah At-Tahrim : 10)

Keluar Tanpa Izin Suami

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Surah Al-hzab : 33) Seorang isteri tidak digalakkan untuk keluar dari rumah sekiranya tidak mendapat keizinan daripada suaminya. Ini kerana seorang isteri perlu mematuhi dan taat pada suami selagi ianya tidak melanggar syariat Islam. Seorang isteri memikul tanggungjawab untuk menjaga nama baik suami dan diri sendiri.

Tidak Menjaga Kehormatan Diri Sebagai Isteri

Menjaga kehormatan diri sebagai seorang isteri adalah perkara yang wajib dilakukan. Menjaga kehormatan diri juga bermakna menjaga aib diri dan suami. Ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur : 31)

Oleh itu, seorang isteri harus menuruti perintah suaminya. Sekiranya suami memanggil, maka haruslah dia menjawab panggilannya. Sekiranya si suami melarang sesuatu maka, haruslah si isteri menjauhinya. Sekiranya si suami melarang tetamu dilarang datang ke rumah selama dia tiada di rumah sama ada saudara dekat ataupun jauh, dari kalanggan mahram ataupun bukan, maka si isteri wajib mematuhinya.

Meminta Cerai Daripada Suami

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah An-Nisa : 19)

Berdasarkan ayat diatas, mungkin apa yang dibencikan itu, Allah sedang menjadikannya kebaikan buat diri kita. Jadi, jangan kerana ada perkara yang kita tidak suka akan suami kita, maka kita meminta cerai daripada suami kita. Berkemungkinan ianya akan memberikan kebaikan untuk kita.

Firman Allah SWT, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (Surah An-Nisa : 34)

Demikian itulah sebahagian daripada ciri-ciri atau kategori isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat kelak. Semoga ianya akan memberikan kesedaran dan manfaat untuk kita semua lagi-lagi bagi isteri-isteri sekalian.

9 Sebab Untuk Menyertai Pasukan Guru Mengaji Beana Home Quran

9 Sebab Untuk Menyertai Pasukan Guru Mengaji Beana Home Quran

Beana Home Quran bukan sahaja menawarkan kelas mengaji kepada pelanggan, malah turut membuka peluang pekerjaan bagi sesiapa yang ingin dan sedng mencari pekerjaan sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa untuk menjadi tenaga pengajar Beana Home Quran. Kami sentiasa mengalu-alukan ahli tenaga pengajar yang baru untuk menyertai team Beana.

9 Sebab Untuk Menyertai Pasukan Guru Mengaji Beana Home Quran

Beana Home Quran memerlukan tenaga pengajar dan tutor yang berminat untuk mengajar secara persendirian dari rumah ke rumah, kumpulan kecil (minumum 6 orang) ataupun kumpulan besar (maximum 10 orang) di rumah, pejabat atau di mana-mana tempat yang bersesuaian mengikut kehendak pelanggan Beana Home Quran.

Terdapat banyak faedah dan manfaat yang anda akan dapat sekiranya anda menyertai pasukan tenaga pengajar Beana Home Quran ini. Oleh itu, saya senaraikan 9 sebab kenapa anda perlu menyertai pasukan guru mengaji Beana Home Quran.

Anda Berhak Menyusun Jadual Kerja Anda

Sekiranya anda mendaftar menjadi tenaga pengajar separuh masa di Beana Home Quran, anda tidak perlu pening kepala kerana takut tidak sempat untuk menghadirkan diri ke tempat yang ditetapkan pelanggan. Anda yang bergerak dari tempat kerja anda tidak perlu risau.

Ini kerana anda berhak menyusun jadual kerja anda mengikut kesesuaian waktu anda. Sama ada anda mahu bekerja pada hujung minggu atau pada hari biasa semuanya terpulang kepada anda. Tiada paksaan dari pihak Beana sekiranya anda ingin memilih mengikut kesesuaian waktu anda. Ini sangat memudahkan anda kerana anda tidak perlu bergegas pulang dari tempat kerja untuk menghadiri kelas mengaji pula.

Latihan Dan Konsultasi Diberikan

Sebelum anda mula mengajar dari rumah ke rumah, anda akan diberikan sesi latihan untuk membiasakan diri anda sebagai tenaga pengajar. Selain itu, anda juga akan diberikan sesi konsultasi sebelum anda mula mengajar. Jadi, antad tidak pelru risau sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman mengajar orang mengaji dan sebagainya. Segalanya akan disediakan oleh Beana sebelum anda memulakan pengajaran anda.

Latihan dan konsultasi ini akan diberikan kepada anda supaya anda ketahui kaedah dan teknik yang akan digunakan oleh pihak Beana Home Quran. Teknik dan kaedah ini akan digunakan ketika anda mengajar pelajar dalam mengaji Al-Quran dan kelas Fardhu Ain.

Mengajar Al-Quran Dan Asas Fardhu Ain Sahaja

Di Beana Home Quran, anda hanya perlu mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain sahaja. Sekiranya anda mampu untuk mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain, anda sudah layak untuk mendaftar dan menjadi tenaga pengajar Beana Home Quran.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk mengajar orang. Ini kerana, pihak Beana Home Quran akan memberikan latihan kepada anda termasuklah tentang pengajaran Al-Quran dan Asas Fardhu Ain.

Anda juga tidak perlu risau akan pengajaran kelas-kelas lain. Ini kerana anda tidak akan mengajar kelas-kelas tersebut. Anda hanya perlu fokus kepada mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain sahaja.

Reward Tutor Bulanan

Pada setiap bulan, Beana Home Quran akan memberikan reward kepada kesemua tenaga pengajar sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa. Hal ini dilakukan untuk menaikkan semangat dan juga sebagai motivasi kepada para tenaga pengajar supaya lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas sebabgai tutor.

Selain itu juga, reward bulanan ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada tenaga pengajar yang telah bersusah-payah mengajar pelajar-pelajar agar mereka cepat mahir membaca dan memahami Al-Quran.

Penyata Gaji Disediakan

Pihak Beana akan menyediakan penyata gaji untuk kesemua tenaga pengajar Beana Home Quran sama ada anda tenaga pengajar sepenuh masa ataupun separuh mata sahaja. Kedua-duanya akan menerima penyata gaji dari pihak Beana Home Quran.

Penyata gaji ini akan memudahkan anda untuk menyemak sama ada gaji anda telah dipotong dalam jumlah yang betul sebagai caruman KWSP. Penyata ini juga akan digunakan oleh KWSP sebagai bukti sama ada caruman KWSP anda telah dibayar ataupun sebaliknya.

Elaun Yang Lumayan

Di samping itu juga, setiap tenaga pengajar juga akan mendapat elaun yang sangat lumayan. Elaun ini adalah untuk kegunaan duit perjalanan dari satu tempat ke tempat mengaji yang lain. Selain itu, elaun ini juga boleh digunakan sebagai elaun makan dan lain-lain keperluan yang berkaitan.

Dengan adanya elaun yang lumayan ini, pihak Beana berharap ianya dapat membantu tenaga pengajar untuk terus berkhidmat dengan Beana Home Quran.

Insentif Belian Kereta dan Umrah Disediakan

Pihak Beana Home Quran juga turut menyediakan insentif untuk belian kereta bagi tenaga pengajar. Ini kerana kenderaan adalah sesuatu keperluan kepada tenaga pengajar untuk anda bergerak ke rumah pelajar.

Tambahan pula, Beana Home Quran juga menyediakan pakej umrah kepada semua tenaga pengajar kami. Ini dapat memudahkan anda yang ingin menunaikan umrah. Oleh itu, anda boleh sertai kami dan menikmati manfaat yang telah kami sediakan khas untuk tenaga pengajar Beana Home Quran.

Bekerja Di Sekitar Tempat Anda Sahaja

Mengikut strategi Beana Home Quran, setiap tenaga pengajar hanya perlu bekerja dan mengajar di sekitar tempat anda sahaja. Sekiranya anda tinggal di kawasan Subang, anda hanya perlu mengajar di sekitar kawasan tersebut sahaja.

Jadi, tidak akan menjadi masalah jauh atau kesuntukan masa untuk anda bergerak dari tempat anda ke tempat mengaji yang akan di berikan kepada anda. Alasan anda terlambat kerana tempat mengajar jauh dari tempat anda atau sebagainya tidak akan diterima kerana sudah semestinya kawasan tempat kerja anda berada di sekitar rumah anda.

Bekerja Dengan Waktu Yang Fleksibel

Untuk yang bekerja dan menjadikan tutor mengajar mengaji Al-Quran ini sebagai penambah pendapatan dan pekerjaan separah masa sahaja, anda tidak perlu risau dengan jadual kerja anda. Sekiranya anda khuatir waktu kerja anda menjadi terlalu padat, tidak perlu risau.

Ini kerana di Beana Home Quran, tenaga pengajar hanya bekerja mengikut waktu yang sangat fleksibel. Anda boleh mengatur sendiri waktu bekerja anda supaya tidak mengganggu waktu-waktu anda yang lain. Oleh itu, anda tidak perlu bergegas atau takut kesuntukan masa untuk mengajar mengaji Al-Quran. Hal ini dapat memudahkan anda sebagai tenaga pengajar.

Secara kesimpulannya, setelah anda mendaftar dengan Beana Home Quran sebagai tenaga pengajar, anda akan diberikan latihan serta konsultasi dan banyak lagi manfaat yang akan anda dapat dengan hanya menjadi tenaga pengajar Beana Home Quran yang rasmi. Anda hanya perlu mendaftarkan diri sebagai tutor kami dan nikmatilah faedah-faedah yang akan diberikan.

Akhir sekali, anda juga akan mendapat rahmat dan pahala daripada Allah kerana mengajar mengaji Al-Quran da berkongsi ilmu dengan orang lain. Jadi, kita bukan sahaja  mengumpul kekayaan di dunia, malah kita juga mengumpul kekayaan di akhirat.

Kelas Mengaji Kanak-Kanak – Belajar Mengaji Kanak-Kanak

Kelas Mengaji Kanak-Kanak – Belajar Mengaji Kanak-Kanak

BEANA Home Quran Sdn Bhd merupakan home tutor kelas mengaji dan asas fardhu ain. Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan mengajar mengaji dan fardhu ain secara persendirian iaitu dari rumah ke rumah. Di sini, kami juga turut menjalankan perkhidmatan mengajar mengaji secara berkumpulan sama ada kecil atau  besar yang mengandungi tidak lebih daripada 6 orang pelajar.

Kelas Mengaji Kanak-Kanak - Belajar Mengaji Kanak-Kanak

Kesemua aktiviti belajar mengaji dan kelas fardhu ain boleh dilakukan di rumah, di pejabat ataupun di mana-mana tempat yang bersesuaian. Kami menggunakan konsep talaqi iaitu pertemuan atau perjumpaan yang berasaskan pengajian ilmu Islam. Ia akan disampaikan oleh tenaga penagajar kami kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa supaya lebih tekun dan fokus dalam pengajian membaca Al-Quran dan Ilmu Fardhu Ain.

Beana Home Quran telah beroperasi sejak 2016. Sejak beroperasi, terdapat lebih daripada 300 orang pelanggan telah mendaftar dan menjalani kelas mengaji Al-Quran dan kelas Fardhu Ain kami. Tenaga pengajar juga telah ramai yang berdaftar dengan kami dan kini kami telah mempunyai lebih daripada 100 orang yang mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.

Beana Home Quran juga turut menyediakan pusat pengajian bergerak . Ia merupakan pusat pembelajaran kami yang teletak di Kota Damansara, Selangor. Pusat pembelajaran ini sangat strategik kedudukannya kerana ianya terletak di antara Petaling Jaya dan Subang. Jika anda tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian kami, anda boleh terus berdaftar dan belajar mengaji di sini.

Sekiranya anda tinggal jauh dari kawasan pusat pengajian kami, tidak akan menjadi masalah kerana perkhidmatan utama kami adalah mengajar mengaji secara persendirian dari rumah ke rumah. Di Beana Home Quran, kami mempunyai ramai tenaga pengajar yang secukupnya. Tenaga pengajar kami akan dihantar ke rumah anda atau tempat yang anda cadangkan untuk mengajar mengaji Al-Quran kepada anda.

Apa Yang Beana Tawarkan?

Beana Home Quran menawarkan membaca Al-Quran selama 50 jam menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Salah satu kaedah pembelajaran yang ditekankan oleh Beana Home Quran adalah dengan menggunakan flash card yang direka khas untuk menerapkan pemahaman melalui rangsangan pergerakan. Kami juga menjanjikan selepas 50 jam pembelajaran membaca Al-Quran ini, anda pasti akan mudah untuk mengingati dan memahami yang dipelajari.

Seterusnya, pelajar akan turut didedahkan dengan penggunaan gadjet dengan positif. Dengan menggunakan alat gadget ini, pelajar akan belajar melalui slideshow yang telah disediakan. Pelajar juga akan diberikan buku latihan dan workbook untuk menarik dan memupuk minat pelajar dan dalam membaca Al-Quran. Pelajar juga akan lebih fokus dan tekun dengan menggunakan kaedah ini.

Selain itu, Beana Home Quran juga akan menyediakan jadual supaya pelajar mudah untuk mengingati sekaligus memupuk minat membaca Al-Quran secara tertib. Kami juga akan menyediakan jadual yang sesuai mengikut keselesaan dan prestasi pelajar. Ini akan membuatkan pelajar senantiasa ingat untuk mengulangkaji dan mengingati apa yang telah diajar oleh guru semasa kelas mengaji Al-Quran berjalan.

Selain itu juga, pihak Beana Home Quran turut menawarkan kelas kelas Asas Fardhu Ain secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar kelas mengaji Al-Quran kami. Kelas Fardhu Ain ini akan dijalankan mengikut kesusuaian masa pelajar. Kebiasaannya, kelas ini akan dilakukan setelah selesai sesi pengajian mengaji ilmu Al-Quran.

Kelas fardhu ain ini diadakan kerana ilmu ini saling berkaitan dengan ilmu Al-Quran. Oleh itu, kamu menawarkan kelas Fardhu Ain ini secara percuma agar anda mudah memahami dan mengerti aakan pembelajaran ilmu Al-Quran serta tajwidnya.

Pada hujung minggu tersebut, kami akan menyediakan laporan tentang pengajaran dan pembelajaran anda itu. Laporan ini bertujuan untuk mengetahui akan prestasi pelajar pada minggu tersebut sama ada terdapat peningkatan ataupun masih berada pada tahap yang sama. Selalunya, pelajar-pelajar kami akan menunjukkan peningkatan dari minggu ke minggu setelah pembelajaran dijalankan.

Pakej Yang Ditawarkan

Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan kelas mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak. Terdapat dua pakej yang ditawarkan untuk kelas mengaji kanak-kanak ini iaitu pakej 1 ke 2 orang dan juga pakej 3 ke 4 orang pelajar. Kedua-dua pakej ini merangkumi pembelajaran asas Al-Quran, makhraj huruf, tajwid, fardhu ain dan juga pembelajaran asas hafazan. Pengajian kelas ini sangat fleksible dan akan dilakukan secara one to one.

Pakej ini hanya RM 60 sejam setiap seorang untuk pakej 1 ke 2 orang. Manakala untuk pakej 3 ke 4 orang, ianya hanya RM 65 sejam setiap seorang.

Pembelajaran ini akan dilakukan mengikut sukatan pembelajaran yang telah disediakan. Ia menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Laporan pembelajaran bulanan akan diberikan pada akhir bulan untuk mengetahui prestasi pelajar tersebut. Untuk menilai prestasi pelajar, ujian penilaian akan diadakan pada setiap tiga bulan.

Selain itu juga, kami turut menawarkan pakej pembelajaran secara berkumpulan termasuk dewasa, remaja dan juga kanak-kanak. Pengajian secara berkumpulan ini akan dilakukan secara serentak di dalam kumpulan. Bagi pakej berkumpulan ini yang mempunyai pelajar seramai 5 ke 10 orang hanya RM 125 ke RM 250 untuk dua jam.

Kelas Tasmi’

Kelas Tasmi’ ini akan diajarkan oleh tenaga pengajar yang telah menghafal Al-Quran yang merupakan pakar bidang hafiz. Pengajian akan dilakukan menggunakan kaedah Takrar iaitu mengikut ulangan yang betul. Kelas Tasmi’ ini akan lebih memudahkan anda untuk menghafal dengan memiliki guru secara persendirian. Kelas ini juga akan mendedahkan Al-Quran dalam bentuk kefahaman dan bukanlah hafalan semata-mata.

Kelas Fardhu Ain

Kelas Fardhu Ain pula mendedahkan ilmu Fiqh yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Di dalam kelas ini, setiap amalan dan perbuatan yang diajarkan adalah berdasarkan hadis. Ia memberikan kefahaman yang sangat mendalam mengenai mazhab As-Syafie.

Kelas Bahasa Arab

Beana Home Quran juga turut menawarkan kelas bahasa Arab. Di dalam kelas ini, kami akan mengajarkan pembelajaran bahasa arab dengan mudah tanpa menghafal. Latihan bahasa Arab yang akan diberikan adalah mengikut silibus Universiti Saudi. Pelajar akan didedahkan dengan konsep memahami domir tanpa menghafal.

Kelas Tahsin Ibadah

Kelas Tahsin Ibadah ini akan merangkumi pembelajaran dan pendedahan tentang solat jemaah. Selain itu juga, di dalam kelas ini, tenaga pengajar akan memperjelaskan tentang hadis dan Al-Quran yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Lokasi Beana Home Quran

Beana Home Quran setakat ini telah beroperasi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lokasi-lokasi ini termasuklah kawasan-kawasan seperti Puncak Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Bandar Klang, Banting, Dengkil, Bangi, Serdang, Kajang dan Hulu Langat.

Oleh itu, sekiranya anda berminat, jangan tunggu lagi. Daftarlah sekarang sebagai pelajar di website kami mengikut pakej yang anda inginkan. Beana Home Quran telah menyediakan pakej yang sesuai untuk anda sama ada dewasa, remaja atau kanak-kanak.

Anda juga tidak perlu bersusah payah lagi menghadap traffic jam untuk pergi ke kelas mengaji. Biar kami yang datang ke rumah anda. Anda juga akan lebih selesa dan ianya memudahkan serta menjimatkan masa anda. Suasana pembelajaran juga lebih selesa dan mudah untuk anda menumpukan perhatian sepenuhnya dan mempercepatkan pemahaman.

Kelas Mengaji Untuk Orang Dewasa – Belajar Mengaji Dewasa

Kelas Mengaji Untuk Orang Dewasa – Belajar Mengaji Dewasa

BEANA Home Quran Sdn Bhd adalah kelas mengaji Al-Quran dan asas fardhu ain. Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan mengajar mengaji secara persendirian iaitu dari rumah ke rumah. Kami juga turut menjalankan perkhidmatan mengajar mengaji secara berkumpulan kecil dan juga kumpulan besar yang mengandungi 6 orang paling maximum.

Kelas Mengaji Untuk Orang Dewasa - Belajar Mengaji Dewasa

Segala aktiviti mengajar mengaji boleh dilakukan di rumah atau di pejabat ataupun di mana-mana tempat yang bersesuaian. Ia berkonsep talaqi iaitu perjumpaan atau pertemuan yang berasaskan pengajian ilmu Islam yang disampaikan kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa untuk lebih fokus serta tekun dalam pembelajaran membaca Al-Quran dan ilmu fardhu ain.

Sejak pembukaan Beana Home Quran pada 2016, terdapat lebih 300 orang pelanggan telah mendaftar dan menjalani kelas mengaji Al-Quran dan kelas Fardhu Ain kami. Tenaga pengajar yang berdaftar dengan kami juga mempunyai lebih daripada 100 orang yang mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.

Beana Home Quran juga turut mengadakan pusat pengajian bergerak iaitu di pusat pembelajaran kami yang teletak di Kota Damansara, Selangor. Pusat pembelajaran kami ini kedudukannya sangat strategik kerana ianya terletak di antara Subang dan Petaling Jaya. Sekiranya anda tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian kami, bolehlah terus mendaftar dan belajar mengaji di sini.

Tidak menjadi masalah sekiranya anda tidak tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian kami. Ini kerana perkhidmtan utama kami adalah mengajar mengaji secara persendirian dari rumah ke rumah. Beana Home Quran mempunyai ramai tenaga pengajar yang sudi dan sanggup untuk ke rumah anda atau tempat yang anda cadangkan demi mengajar ilmu Al-Quran kepada anda.

Apa Yang Beana Tawarkan?

Beana Home Quran menawarkan 50 jam membaca Al-Quran mengikut kaedah-kaedah tertentu. Antara salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh Beana Home Quran adalah dengan menggunakan flash card yang direka khas untuk mengekalkan kefahaman melalui rangsangan pergerakan. Kami menjanjikan selepas 50 jam pembelajaran membaca Al-Quran ini, anda pasti akan mudah memahami dan ingat apa yang dipelajari.

Selain itu, pelajar juga akan turut didedahkan dengan penggunaan gadget yang positif. Dengan menggunakan gadjet ini pelajar akan di ajar dan belajar membaca melalui slideshow. Tidak lupa juga, pelajar akan diberikan workbook dan buku latihan untuk menarik lebih banyak fokus dan perhatian. Di samping itu, dengan penggunakan kaedah ini juga, minat pelajar membaca Al-Quran juga dapat dipupuk.

Seterusnya, Beana Home Quran juga memiliki jadual untuk memupuk minat membaca Al-Quran secara tertib. Kami menyediakan jadual yang sesuai mengikut keselesaan dan kesesuaian pelajar supaya pelajar sentiasa ingat untuk mengulangkaji serta mengingati apa yang telah dipelajarinya ketika kelas mengaji Al-Quran tersebut.

Di samping itu, pihak Beana Home Quran juga turut menawarkan kelas asas Fardhu Ain secara percuma. Kelas Fardhu Ain ini diadakan mengikut kehendak pelajar. Kebiasaanya, tenaga pengajar Beana Home Quran akan mengajar kelas Fardhu Ain ini setelah tamat sesi pengajian ilmu Al-Quran.

Ini kerana ilmu fardhu ain ini saling berkaitan dengan ilmu Al-Quran. Disebabkan itulah kami menawarkan kelas Fardhu Ain ini secara percuma supaya anda akan lebih mengerti dan mudah fahami dalam pembelajaran ilmu Al-Quran dan tajwidnya.

Pada setiap minggu pula, kami akan menyediakan laporan pembelajaran dan pengajaran pelajar tersebut. Laporan ini akan diberikan dengan bertujuan untuk mengetahui peningkatan prestasi pelajar sama ada terdapat peningkatan ataupun masih berada di tahap yang sama. Kebiasaannya, pelajar-pelajar kami akan menunjukkan peningkatan pada setiap minggu pembelajaran dijalankan.

Pakej Yang Ditawarkan

Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan kelas mengaji Al-Quran untuk orang dewasa dan remaja. Terdapat dua pakej yang ditawarkan untuk kelas mengaji orang dewasa iaitu pakej 1 ke 2 orang dan juga pakej 3 ke 4 orang pelajar.

Kedua-dua pakej di atas merangkumi pembelajaran asas Al-Quran, makhraj huruf, tajwid, fardhu ain dan juga pembelajaran asas hafazan. Pembelajaran kelas ini sangat fleksible dan dilakukan secara one to one. Pakej ini hanya RM 70 sejam setiap seorang untuk pakej 1 ke 2 orang. Manakala untuk pakej 3 ke 4 orang, ianya hanya RM 80 sejam setiap seorang.

Pembelajaran akan dilakukan mengikut sukatan pembelajaran yang telah disediakan yang mengikut kaedah-kaedah tertentu. Rekod pembelajaran bulanan akan dikemukakan pada akhir bulan untuk mengetahui prestasi pelajaran tersebut. Selain itu juga, ujian penilaian akan dilakukan pada setiap tiga bulan.

Selain itu, kami juga turut menawarkan dua pakej lengkap untuk remaja untuk 1 ke 2 orang dan 3 ke 4 orang pelajar. Segala kelas dan pembelajaran adalah sama seperti pakej pengajian untuk orang dewasa. Kesemua pakej ini dilakukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Beana Home Quran.

Pakej ini hanya RM 65 sejam setiap seorang untuk pakej 1 ke 2 orang. Manakala untuk pakej 3 ke 4 orang, ianya hanya RM 75 sejam setiap seorang.

Beana Home Quran juga turut menawarkan pakej pembelajaran secara berkumpulan iaitu termasuk dewasa, remaja dan juga kanak-kanak. Pembelajaraan berkumpulan ini akan dilakukan secara serentak di dalam kumpulan. Pakej berkumpulan ini adalah untuk 5 ke 10 orang. Ianya hanya RM 125 ke RM 250 untuk 2 jam sahaja.

Kelas Tasmi’

Kelas Tasmi’ akan diajarkan oleh tenaga pengajar yang telah menghafal Al-Quran dan merupakan pakar bidang hafiz. Didikan akan dilakukan melalui kaedah Takrar iaitu mengikut ulangan yang betul. Kelas Tasmi’ ini akan memudahkan menghafal dengan memiliki guru secara persendirian. Kelas ini mendedahkan Al-Quran dalam bentuk kefahaman dan bukan hafalan semata-mata.

Kelas Fardhu Ain

Kelas Fardhu Ain pula mendedahkan ilmu Fiqh berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Di dalam kelas ini, setiap perbuatan dan amalan yang diajarkan adalah berdasarkan hadis. Ia memberikan kefahaman yang mendalam mengenai mazhab As-Syafie.

Kelas Bahasa Arab

Kelas Bahasa Arab juga turut ditawarkan oleh Beana Home Quran. Di dalam kelas ini, kami akan menddedahkan pembelajaran bahasa arab dengan mudah tanpa menghafal. Latihan bahasa Arab adalah mengikut silibus Universiti Saudi. Pelajar akan didedahkan dengan konsep memahami domir tanpa menghafal.

Kelas Tahsin Ibadah

Kelas ini akan merangkumi pembelajaran dan pendedahan tentang solat jemaah. Selain itu, ia akan memperjelaskan tentang hadis dan Al-Quran dalam kehidupan seharian kita.

Lokasi Beana Home Quran

Beana Home Quran setakat ini telah ‘cover’ di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti Puncak Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Bandar Klang, Banting, Dengkil, Bangi, Serdang, Kajang dan Hulu Langat.

Jadi, sekiranya anda berminat, apa tunggu lagi, daftar sekarang sebagai pelajar di website kami mengikut pakej yang anda inginkan. Beana Home Quran mempunyai pakej yang sesuai untuk anda sama ada dewasa, remaja atau kanak-kanak.

Anda juga tidak perlu bersusah payah menghadap traffic jam untuk pergi ke kelas mengaji, biar kami yang datang ke rumah anda. Anda juga lebih selesa serta memudahkan dan menjimatkan masa anda. Suasana pembelajaran juga lebih selesa dan menyenangkan anda untuk menumpukan tumpuan sepenuhnya dan mempercepatkan pemahaman.

Kelas Mengaji Beana Home Quran

Kelas Mengaji Beana Home Quran

Zaman sekarang ini agak sukar untuk mendapatkan home tutor yang mengajar khas untuk mengaji. Anak-anak kurang diberikan pendidikan dalam mendalami ilmu Al-Quran. Kanak-kanak yang boleh membaca dan menghafaz Al-Quran juga semakin berkurangan.

Kelas Mengaji Beana Home Quran

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah Isra : 82)

Kadang-kadang ibu bapa tiada masa untuk mengajar anak-anak. Anak-anak pula banyak kerja sekolah yang telah diberikan guru-guru. Di sekolah, subjek agama tidak terlalu menekankan tentang ilmu membaca Al-Quran dan tajwidnya. Oleh itu, dengan kewujudan Beana Home Quran berkemungkinan dapat membantu anda dan anak anda dalam mempelajari Al-Quran.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah Al-Isra :9)

Mungkin ada sesetengah diantara kita yang belajar mengaji dengan sendiri. Hanya mendengar daripada ayat-ayat yang dipasang di audio atau youtube dan mengikut bacaan tersebut. Tetapi adakah apa yang kita baca itu betul? Adakah apa yang kita baca itu betul tajwidnya?

Beana Home Quran merupakan kelas mengaji yang disediakan untuk orang ramai. Beana Home Al-Quran menyediakan home tutor untuk datang ke rumah anda dan mengajar anak-anak anda. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk datang ke pusat tertentu. Hanya perlu daftar dan beritahu hari yang sesuai untuk belajar mengaji dan tutor kami akan segera ke rumah anda mengikut hari yang telah ditetapkan.

Beana Home Quran menawarkan kelas tutor mengaji khusus untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sekiranya anda dan juga anak-anak anda ingin belajar mengaji bersama juga tidak menjadi masalah. Belajar secara personal dan berdepan dengan ustaz atau ustazah kami pasti akan lebih mudah difahami dan lebih mudah untuk tangkap dengan apa yang dipelajarinya.

Suasana di rumah yang kondusif dan selesa membuatkan tumpuan akan menjadi lebih fokus. Anak-anak akan lebih mudah dan cepat faham akan apa yang dipelajarinya. Kesalahan-kesalahan yang dibuat ketika membaca Al-Quran dapat didengari dan diperbetulkan dengan segera. Pada permulaan kelas, anak-anak berkemungkinan merasa kurang selesa, tetapi lama-kelamaan ianya akan menjadi perkara biasa.

Dengan belajar one-to-one dengan ustaz atau ustazah, akan dapat menghilangkan keraguan anda mengenai cara bacaan dan hukum-hukum tajwid ketika membaca Al-Quran. Anda akan diajar dengan tutor yang berpengetahuan mendalam di dalam ilmu Al-Quran.

Tutor kami terdiri daripada ustaz dan ustazah yang mampu untuk mengajar anda dan anak anda walaupun tidak tahu membaca langsung. InshaAllah dengan Beana Home Quran, tutor kami akan mengajar anda sehingga mampu untuk membaca dengan menggunakan tajwid yang betul.

Kenapa perlu belajar mengaji dan membaca Al-Quran? Ini kerana Al-Quran merupakan petunjuk dan cahaya kepada semua umat manusia untuk kembali kepada jalan yang benar.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Surah Al-Maidah : 16)

Al-Quran ini tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Inilah kelebihan paling besar. Al-Quran tidak seperti kitab-kitab lain tang telah diubah mengikut peredaran zaman. Sebaliknya, Al-Quran sesuai digunakan walaupun telah berzaman lamanya dan ianya masih suci tanpa diubah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah Al-Hijr : 9)

Ada perlukan duit lebih? Ingin menjadi tutor mengaji? Sekiranya anda seorang yang berpengetahuan dalam ilmu tajwid dan Al-Quran ini dan mampu untuk mengajar orang lain, anda juga boleh mendaftarkan diri sebagai tutor di Beana Home Quran. Tidak perlu pening fikirkan jadual anda. Ini kerana anda berhak untuk menyusun jadual kerja anda.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak biasa dalam mengajar orang, Ini kerana, pihak Beana Home Quran akan memberikan latihan dan konsultasi kepada anda. Jadi, tidak perlulah untuk anda bersusah payah mencari cara untuk mengajar kerana kami akan sediakan semuanya untuk anda.

Sebagai tutor Beana Home Quran, anda hanya perlu mengajar Al-Quran dan asas fardhu ain sahaja. Pihak Beana akan memberikan latihan kepada anda sebelum anda memulakan tutor anda.

Pihak Beana Home Quran juga menyediakan insentif untuk belian kereta bagi tutor kerana kenderaan untuk anda bergerak ke rumah pelajar adalah sesuatu keperluan. Disamping itu, pakej umrah juga turut disediakan kepada tutor kami.

Anda tidak perlu risau akan perjalanan anda untuk ke rumah pelajar. Ini kerana anda hanya perlu bekerja disekitar tempat anda sahaja. Tidak akan menyusahkan anda untuk ke tempat lain yang memakan masa. Anda juga bekerja dengan waktu yang fleksibel dan anda boleh uruskan sendiri jadual anda mengikut kesesuaian anda.

Reward juga akan turut diberikan kepada setiap tutor secara bulanan mengikut kelas yang diajar. Selain itu, penyata elaun juga akan disediakan untuk tutor-tutor yang berdaftar denga pihak Beana Home Quran. Elaun yang disediakan juga agak lumayan. Jadi daftarlah menjadi tutor Beana Home Quran dengan segera.

Akhir kata, selain mendapat elaun dan dengan mengajar mengaji, anda juga mendapat pahala dan rahmat daripada Allah kerana mengajar orang lain dan juga dengan membaca Al-Quran. Jadi, sambil kita kumpul kekayaan di dunia, secara tidak langsung, kita juga mengumpul kekayaan di akhirat kelak.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak kepada kita dan memberikan kit akekuatan untuk terus istiqamah dan sentiasa mendampingi serta mengambil manfaat dari Al-Quran.

Di dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.” (Surah Ali-Imran : 187)

Sekiranya setiap orang yang berilmu berkongsi ilmu kepada orang yang lain, maka keadaan umat akan saling melimpah dengan cahaya ilmu yang penuh sinarannya apatah lagi ilmu yang diajari itu adalah ilmu Al-Quran. Disamping itu, orang yang diajari dan mengajari ilmu itu juga dapat menekun dan mengamalkan ajaran Al-Quran yang benar itu.

Oleh itu, sama ada anda ingin belajar atau mengajar, kedua-duanya akan memberi kelebihan kepada diri masing-masing di dunia mahupun akhirat. Daftarlah di Beana Home Quran untuk menjadi pelajar atau pengajar. Sesungguhnya Allah suka akan orang yang membaca Al-Quran.