Tentang Beana

Tentang Beana

Be Ana
(Jadilah Saya)

“Segala bentuk kejayaan samada di dunia atau akhirat adalah dari diri sendiri. Corak kehidupan di dunia adalah bentuk permulaan yang baik dalam kehidupan setelah kematian”.

Puan Ana
Pengasas Beana

BEANA daripada gabungan Bahasa Inggeris dan Arab mengambil maksud Be (Jadilah), Ana (Saya) membawa objektif penubuhan Beana pada Disember 2016 oleh pengasas Beana: Puan Ana untuk menyediakan satu platform pembelajaran Al-Quran dan memahami Al-Quran kepada masyarakat islam di Malaysia.

Perkhidmatan Beana

Perkhidmatan Beana

Beana Homequran adalah sebuah platform yang membantu masyarakat Islam tanpa mengira usia dan peringkat umur untuk menyertai kelas mengaji Al-Quran mengikut kesesuaian dan keselesaan pelajar di kediaman pelajar itu sendiri atau tempat yang ditetapkan oleh Pelajar. Jadual belajar yang fleksibel ditawarkan kepada individu atau ibu bapa yang penuh dengan kesibukan aktiviti harian menjadikan Beana unik berbanding pusat pengajian yang lain.

Peluang Pekerjaan Kepada Qutor Beana

Beana menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar atau lepasan graduan terutamanya dalam bidang Pendidikan Islam melalui program Jadi Qutor Beana secara sambilan atau sepenuh masa. Latihan dan bimbingan akan diberikan sebelum proses pembelajaran bermula. Qutor Beana boleh menjana pendapatan tanpa had melalui konsep Jadual Pembelajaran Fleksibiliti yang diketengahkan oleh Beana. Hanya kesungguhan dan keinginan menjadi penentu kejayaan!