NAK JADI ORANG BAIK, LAKUKAN HAL INI..

 

Pernahkan kita merasa bahawa sikap kita terhadap orang lain tak baik? Kadang perasaan itu datang bila kita berhadapan atau berinteraksi dengan orang yang pernah bermasalah atau yang pernah terjadi kesalahfahaman dengan nya.   Selalunya kita terus berusaha untuk selalu berbuat baik kepada orang lain, namun terhalang oleh waktu dan jarak. Maka dengan ini Allah sudah jelaskan beberapa sikap yang wajib kita lakukan jika kita nak termasuk dalam golongan orang-orang terbaik dihadapan Allah. Orang yang terbaik dihadapan Allah bukan lah orang yang memiliki kekayanan yang banyak akan tetapi orang yang bertaqwa, selalu berbuat bik baik sesama manusia mahupun sesama ciptaan Allah yang lain dan orang yang melakukan kebijaksanaan lah orang yang terbaik dihadapan Allah. 

Sebagaimana Allah sudah berfirman dalam Al-Quran bahwa orang yang bertaqwa adalah orang yang berbuat kebajikan, sebagaimana dijelaskan dalam surat Ali Imran ayat : 133-134, yang maknanya :

 

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun di waktu  sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

 

Dari ayat diatas sudah jelas bahawasanya orang yang baik iaitu orang yang bertaqwa dan akan mendapatkan balasan syurga yang sangatlah luas. Mereka adalah diantaranya :

 

Yang pertama, orang yang Menginfakkan harta diwaktu senang dan diwaktu sempit.

Mereka adalah yang orang yang sentiasa bersedekah dan membantu orang lain. Mereka golongan orang yang gemar bersedekah ketika hidupnya senang, iaitu ketika memiliki harta, atau ketika masa sempit sekalipun. disebabkan selalu sangat bersedekah sehingga sedekah itu menjadi amalannya sangatlah baik dan memiliki pengaruh besar terhadap diri sendiri dan orang lain. Orang yang gemar bersedekah akan sentiasa di mudahkan dalam setiap urusannya, contoh nya seperti akan sentiasa rasa lapang di dada dan perasaannya. Sesungguhnya bersedekah akan memancing dan menambah harta mereka. Percayalah itu janji Allah pasti dan nyata.

 

Yang kedua, orang yang menahan amarahnya.

Nabi sudah mengajarkan bagaimana sikap kita ketika sedang marah, jangan marah!, larangan itu Beliau sebutkan sebanyak 3 kali. Maknanya, sangat besar pengaruh dalam menahan amarah. Sehingga betapa besar manfaat dan pengaruh dari menahan amarah itu. apabila kita menjaga amarah kita maka kita akan menjaga perasaan lawan kita, dengan menjaga lisan dari berkata dan bersikap yang buruk.

 

Yang ketiga, adalah Memaafkan orang lain.

Belajarlah selalu memaafkan kesalahan diri sendiri ataupun orang lain. Kerana menjadi seorang pemaaf adalah salah satu dari sifat Allah Al ‘Afuwu, sang pemaaf dan pengampun. Dengan kita memaafkan kesalahan orang lain maka dengan itu kita termasuk dari hamba Allah yang berbuat baik dan InsyaAllah dengan izin Allah kita akan diberikan balasan syurga yang abadi. Dengan ini marilah kita selalu berusaha menjadi hamba Allah yang baik dan selalu berbuat kebajikan, sehingga kita dapatkan syurga yang dijanjikan. Amin

 

NAK JADI TUTOR AL-QUR’AN?

➽  http://www.beanahomequran.com/nak-jadi-tutor

MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?

➽ http://www.beanahomequran.com/daftar-online

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.