5 Tanggungjawab Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri Dalam Islam

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” (Surah An-Nisa : 34)

5 Tanggungjawab Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri Dalam Islam

Seorang lelaki setelah melafazkan akad nikah, mereka seharusnya perlu tahu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam untuk menjaga dan memelihara keluarganya. Menikahi seseorang wanita bermakna tanggungjawab seorang suami telah bermula.

Kebanyakan isteri pada masa sekarang inni bekerja untuk membantu ekonomi keluarga Walau seorang isteri itu bekerja, terdapat situasi di mana suami tidak boleh menyentu perihal wang gaji isteri. Ini kerana, keperluan memberi nafkah tetap menajdi tanggungjawab seorang suami.

Di antara kesemua tanggungjawab seorang lelaki terhadap isterinya adalah termasuk nafkah zahir dan batin. Tetapi tahukah anda tanggungjawab seorang lelaki yang patut disediakan untuk si isteri?

Rumah

Rumah merupakan tempat tinggal yang perlu disediakan oleh suami untuk isterinya. Tidak kiralah sama ada ianya disewa atau dibeli, asalkan ianya mengikut kemampuan suami.

5 Tanggungjawab Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri Dalam Islam

Rumah yang disediakan tidak perlulah besar, mewah atau sebagainya, cukuplah ianya sekadar untuk keselesaan dan keselamatan serta sebagai tempat berlindung isteri itu.

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.” (Surah At-Talaaq : 7)

Makan Dan Minum

Kebiasaannya orang perempuan yang akan pergi membeli barang-barang dapur dengan sendirinya tanpa suami. Dengan secara tidak langsung, si isteri sebenarnya menggunakan duitnya sendiri untuk membeli barang-barang dapar kerana ianya adalah “tugasnya” sebagai seorang isteri dan perempuan.

Ramai yang tidak tahu, ini sebenarnya salah. Sepatutnya, ini adalah tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Suami perlu membeli barang dapur menggunakan duitnya sendiri untuk menjaga makan minum dia, isteri dan anak-anak.

Menyediakan makan minum kepada isteri bukan hanya dengan menghulurkan duit untuk membeli makanan sahaja. Tetapi, tidak salah bagi seorang isteri untuk membantu suaminya dalam membeli barang-barang dapur yang diperlukan.

“Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah Al-Baqarah : 233)

Pakaian Dan Perhiasan

Menyediakan pakaian adalah tanggungjawab seorang suami kepada isterinya. Ini mungkin peluang untuk suami bersama-sama memelihara aurat isteri. Menyediakan pakaian yang menutup aurat untuk si isteri juga dapat menjaga dan memelihara aurat si isteri.

5 Tanggungjawab Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri Dalam Islam

Wanita sememangnya tidak asing lagi dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri. Perhiasan dipakai oleh si isteri sebenearnya adalah untuk si suami juga. Jadi, sediakanlah perhiasan untuk isteri sebagai penambah serinya.

“Dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.” (An-Nisa : 5)

Perubatan

Sediakan duit kecemasan untuk menanggung perbelanjaan kos perubatan sekiranya isteri ditimpa sakit. Suami perlu membaca isteri berubat dan membiayai perbelanjaan ini. Pada zaman sekarang ini, takaful untuk isteri dan anak-anak itu sebenarnya perlu disediakan oleh suami supaya kehidupan isteri dan anak-anak terjamin.

“Setiap penyakit pasti memiliki ubatnya. Apabila sesuatu ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan izin Allah SWT.” (HR Muslim)

Pembantu

Sekiranya isteri sebelum berkahwin sudah biasa mempunyai pembantu rumah, maka suami perlu menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin.

Zaman sekarang ini, sekirannya suami tidak mampu, cukuplah sekadar menyediakan wang saku untuk penjagaan anak ataupun mengambil pembantu rumah sambilan dan paling penting sekali adalah mengupah pembantu semasa isteri sedang berpantang selepas melahirkan anak.

Selain daripada itu, suami jug aperlu memberi nafkah wang walau sedikit mana sekalipun untuk isteri setiap bulan. Walau hanya mampu memberi RM10 sahaja, asalkan diberi kepadanya. Ini adalah supaya keberkatan wujud dalam rumah tangga.

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.” (Surah An-Nisa : 19)

Secara kesimpulannya, sebagaimana teruk sekalipun ekonomi pada masa sekarang, jangan dicampur adukkan gaji isteri dan suami kemudiannya merancang perbelanjaan keluarga dari situ. Ini bukanlah cara yang dianjurkan Islam kepada pasangan suami isteri.

Suami perlu menguruskan dulu kewajipan yang wajib ditunaikan olehnya, kemudian barulah isteri datang membantu sekiranya memerlukan bantuannya. InsyaAllah rumah tangga akan diberi keberkatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.