25 Tips Menguruskan Anak Nakal

Anak adalah amanah kepada setiap ibu bapa. Ibu bapa dituntut untuk memberikan perhatian kepada anak-anak mereka dan mencurahkan kasih sayang dengan penuh kesungguhan. Setiap ibu bapa mempunyai kewajipan untuk membimbing anak-anak demi kebaikan dan keselamatan mereka.

Firman Allah SWT, “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…” (Surah At-Tahrim : 6)

25 tips menguruskan anak nakal

Ibu bapa adalah pendidik pertama bagi anak-anak. Pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam menghasilkan anak yang cemerlang di dunia dan akhirat. Masalah anak nakal juga dapat dibendung sekiranya ibu bapa mendidik anak dengan cara yang betul.

“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Surah Al-Anfal : 28)

Perkongsian kali ini adalah tentang tips untuk mendidik dan membimbing anak yang nakal dan susah untuk mendengar kata. Percayalah, masih belum terlambat lagi untuk melentur anak yang nakal dan degil ini.

Elakkan Memukul Anak-Anak

Memukul anak-anak bukanlah tidak boleh langsung tetapi haruslah berpada-pada. Seiranya memerlukan untuk memukul anak kerana ingin memberi pengajaran atau mendidik, maka pukullah anak-anak pada bahagian lutut dan kebawah.

Jangan memukul anak di bahagian lutut dan ke atas kerana dikhuatiri anak akan bertambah degil dan nakal. Sekiranya terpaksa memukul anak, maka pukullah di bahagian kaki. Ini kerana, secara saintifiknya, memukul di bahagian kaki akan menyebabkan ransangan refleksologi yang akan merangsang ke bahagian otak.

Rasulullah SAW bersabda, “Mendidik anak lebih baik bagi seseorang berbanding bersedekah secupak.” (HR At-Tirmizi)

Pelukan Manja

Ada sesetengah ibu bapa yang malu untuk memeluk dan mencium anak-anak setiap hari. Ibu bapa perlu tunjukkan kemesraan dengan memeluk pasangan anda terlebih dahulu di hadapan anak-anak sebagai contoh. Dengan melihat kemesraan ibu bapa secara tidak langsung, anak-anak jug akan turut merasa seperti dihargai.

Bahkan terdapat kajian yang mengatakan, anak-anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai IQ yang kuat berbanding anak yang tidak dipeluk.

Sokongan Dan Pujian

Berikanlah sokongan dan pujian kepada anak-anak anda ketika mereka membuat kebaikan. Selain daripada itu, berikanlah juga pelukan dan ciuman kepada mereka. Paling tidakpun berikanlah senyuman.

Tetapi, janganlah pula mengharapkan anak anda yang belum matang itu membuat kebaikan secara berterusan. Ini kerana mereka hanyalah seorang kanak-kanak yang sedang belajar. Dalam proses perkembangan mereka, mereka ingin melakukan semua perkara termasuklah membuat kesilapan.

Pandanglah Dengan Penuh Kasih Sayang

Berikanlah pandangan yang penuh dengan kasih sayang kepada anak-anak anda. Ini kerana, pandangan yang penuh dengan kasih sayang akan membuatkan anaka nda lebih yakin ketika berhadapan dengan persekitaran. Jika bukan ibu bapa yang mereka sayang, siapa lagi yang akan lakukannya?

25 Tips Menguruskan Anak Nakal

Jangan Anggap Anak Sebagai Beban

Sepanjang membesarkan anak-anak, janganlah menganggap mereka sebagai beban. Selain itu, janganlah juga mengeluh ketika membesarkan mereka. Keluhan anda itu akan membuatkan mereka merasa adalah beban kepada ibu bapa mereka.

Dengar Apabila Anak Bercakap

Ibu bapa juga digalakkan untuk mendengar cerita anak anda. Ini kerana cerita itu anda tidak akan dapat mendengarnya pada masa akan datang. Jadikan kebiasaan untuk anda menunggu giliran bercakap. Dalam masa yang sama, anak anda juga akan belajar untuk menunggu giliran dalam bercakap.

Keluarga > Kerja

Sekiranya anda menghadapi masalah kerja ataupun keluarga, pilihlah keluarga dahulu kerana anak-anak anda dlam proses membesar. Anda akan terlepas masa yang sangat berharga begitu sahaja jika anda memilih untuk menyelesaikan masalah kerja daripada massalah keluarga anda.

Tenangkan Anak

Cuba tenangkan anak-anak setiap kali anak anda berada di dalam kerisauan atau ketakutan. Ini kerana, mereka memerlukan anda. Tunjukkan kepada mereka bagaimana cara untuk mereka menenangkan diri mereka. Selain itu juga, dengarkanlah mimpi ngeri mereka kerana, bagi mereka mimpi ngeri ini adalah benar di dunia nyata.

Luangkan Masa Bersama Anak

Luangkan masa bersama anak anda wqalau seseibuk manapun anda. Pegang erat tangan mereka ketika anda berjalan bersama. Pastikan anak anda merasakan diri mereka sangat penting kepada ibu bapa mereka.

25 Tips Menguruskan Anak Nakal

Terima Mereka Seadanya

Keadaan anak-anak membesar mencorakkan keperibadian mereka di kemudian hari. Terimalah mereka seadanya. Sekiranya terdapat kekurangan, bimbing mereka ke jalan yang betul, tegur mereka dengan berhemah.

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya, “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Luqman : 13)

Hargai Barang Kesayangan Anak

Setiap anak mesti mempunyai barang-barang yang mereka suka dan sayang. Walaupun bagi anda barang tersebut hanya menyemakkan keadaan tetapi hargailah barang mereka itu. Sesetangah barang itu mempunyai makna yang sentimetal bagi mereka.

Ini secara tidak langsung akan mengajar mereka untuk menghargai barang anda pula. Cuba elakkan diri dari membuang barang permainan mereka itu walaupun sudah rosak. Tanya kepada mereka terlbih dahulu sekiranya anda ingin membuangnya.

Terima Kekurangan Diri Anda

Di dalam dunia ini, tidak ada ibu bapa yang sempurna. Terimalah hakikat keadaan diri anda. Ini dapat mengurangkan tekanan anda. Jangan sesekali membawa pulang kerja anda kerana rumah bukanlah pejabat kedua anda.

Habiskan kerja di pejabat dan pulanglah ke rumah tanpa membawa masalah pejabat. Jika anda sering membawa pulang bebanan kerja, anak-anak akan fikir, anda melebihkan kerja daripada keluarga.

Ajar Anak Solat

Sabda Rasulullah SAW, “Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka.” (HR Ahmad & Abu Daud)

25 Tips Menguruskan Anak Nakal

Solat ini dapat menenangkan seseorang itu, jadi ajarkanlah anak-anak untuk solat sejak usianya masih kecil lagi. Walaupun mereka tidak diwajibkan solat sehingga umurnya 7 tahun, tetapi memperbiasakan anak-anak untuk melakukannya lebih awal supaya tidak liat melakukannya apabila sudah besar.

Baca di sini untuk mengetahui 3 Doa Untuk Anak Membesar Pintar Dan Beriman

Nama Panggilan Yang Baik

Nama ini akan reflek ke anak kita sendiri. Oleh itu, beri dan panggillah anak anda denagn nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang elok akan menyebabkan anak anda berasa malu dan merendah diri.

Akui Kesilapan Anak

Anda tidak sepatutnya mengharapkan anak anda yang belum matang itu untuk melakukan sesuatu perbuatan baik secara terus-menerus. Mereka hanya kanak-kanak yang baru sahaja mengenali dunia dan akan terus berkembang.

Perkembangan mereka inilah yang akan membuatkan mereka ingin mengalami semua perkara termasuklah membuat kesilapan. Terima kesilapan mereka dan perbetulkannya. Jangan mudah marah kerana ianya akan memberikan kesan yang kurang elok untuk jangka masa yang panjang.

Sambut Birthday Bersama

Kalau boleh, luangkan masa untuk menyambut hari jadi bersama-sama anak-anak. Sekiranya tidak mampu untuk mengadakan birthday party, hanya sambut dengan keluarga anda sudah mencukupi. Sepotong kek juga sudah memadai. Sediakan juga hadiah buat mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa dihargai.

Ulang Arahan Beberapa Kali

Anak kita berkemungkinan menerima pengajaran bukan pada kali pertama. Ada sesetengah daripada mereka mungkin memerlukan kita untuk mengulang beberapa kali. Ibu bapa perlu bersabar dalam mengajar mereka. Kadang-kadang anak mungki tidak memahani arahan. Jadi, jelaskan kepada mereka beberapa kali.

Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anak kecil, sesungguhnya aku ingin mengajarkan beberapa kalimah (nasihat) kepadamu; jagalah (batasan-batasan/syariat) Allah maka Dia akan menjagamu, jagalah (batasan-batasan/syariat) Allah maka kamu akan mendapati-Nya dihadapanmu.” (HR At-Tirmidzi dan Ahmad)

Lakukan Aktiviti Bersama Anak-Anak

Luangkan masa bersama anak-anak di luar rumah seperti pergi piknik atau bersiar-siar. Yang pasti, pegang tangan mereka ketika berjalan dengan mereka. Mereka pasti akan merasakan kehadiran mereka sangat penting dalam kehidupan anda. Kualiti masa lebih penting daripada kuantiti.

25 Tips Menguruskan Anak Nakal

Jangan Terlalu Ikutkan Permintaan Anak

Sekiranya anak anda meragam dan menangis hentak-hentak kaki di tempat awam, jangan memberikan apa yang mereka inginkan itu. Ini kerana ia akan mengajar mereka bahawa jika mereka menangis, meragam dan menjerit, ibu bapa akan turutkan sahaja apa yang dia mahukan.

Menurut Dr Vasco Lopes, ianya digelarkan sebagai “perangai yang dipelajari”. Ia menyebabkan anak anda akan bersikap nakal hanya semata-mata untuk mendapatkan perhatian ibu bapa.

Kurangkan Penggunaan Gadjet

Di zaman yang moden ini, kalau boleh elak memberikan anak-anak telefon bimbit. Ini akan membuatkan anak-anak leka bermain gadjet dan permainan di telefon bimbit tersebut. Ianya sekaligus akan membuatkan mereka tidak mengendahkan apa yang anda cuba sampaikan kepada mereka kerana leka dengan telefon bimbit.

Anda juga seeloknya cuba mengurangkan penggunaan telefon bimbit anda dan perbanyakkan berbual dengan anak anda. Lebih masa anda luangkan masa bersama mereka, lebih kurang mereka akan menghadap gadjet.

Terlampau Melindungi Anak-Anak

Kebiasaannya, ibu bapa memang akan sedikit protective terhadap anak-anak mereka. Namun ada masanya, anda tidak perlu berlebih-lebih dalam melindunginya Ini kerana anak akan berasa terkongkong kerana semua benda tidak boleh buat. Jadi, mereka akan mula memberontak.

Buat Peraturan

Anda juga perlu membuat peraturan khusus untuk anak anda yang nakal. Tetapkan peraturan khas untuk mereka dan akibat yang mereka akan lalui sekiranya mereka terus berkelakuan sedemikian.

Anda juga boleh membuat perjanjian dengan mereka dan memberikan hadiah sekiranya mereka berlakuan elok di tempat awam contohnya. Tetapi jika mengikut arahan anda, jangan pula andai tidak menunaikan perjanjian tersebut.

Jangan Berteriak

Anda perlu ingat bahawa anak akan selalu mengikut tingkah laku anda. Jadi, sekiranya anda berteriak dan memarahi mereka, lambat-laun mereka akan turut berkelakuan sedemikian kepada anda. Sekiranya anda ingin memarahi mereka, anda hanya perlu naikkan nada suara tanpa perlu melantangkan suara anda.

Berikan Contoh Terbaik

Anak sangat senang meniru setiap tingkah laku dan sikap yang ibu bapanya tunjukkan. Oleh itu, tunjukkanlah sikap yang baik dan tanamkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Berhati-hati dalam berkata-kata dan tingkah laku anda di hadapan anak-anak.

“Tidak ada pemberian seorang bapa terhadap anaknya yang lebih baik dari adab yang mulia.” (HR At-Tirmizi)

Cepat Ambil Tindakan

Perhatian anak-anak sangat mudah untuk dialihkan. Ia akan membuatkan mereka mudah lupa dengan apa yang baru sahaja dia lakukan. Oleh itu, ianya penting untuk ibu bapa bertindak segera jika anak membuat perangai nakalnya. Jika tidak, anak anda akan lupa tentang kenakalannya.

Secara kesimpulannya, anak-anak memerlukan perhatian ibu bapa mereka dalam proses perkembangan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan betul kerana andalah yang mencorakkan peribadi anak anda.

Anak-anak itu fitrah dan suci. Sabda Rasulullah SAW, “Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (HR Bukhari dan Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published.