15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Ramadhan adalah salah satu bulan dalam bulan bulan Islam. Ramadhan dari segi bahasa bermaksud panas terik manakala dari segi istilah pula bermaksud bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya. Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun Mubarak” yang memberi erti bulan keberkatan.

Ia dikatakan sebagai bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan. Jadi, hari ini saya akan huraikan berkenaan keistimewaan bulan Ramadhan pada umat Islam.

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Al-Quran Diturunkan

Al-Quran merupakan sumber syariat Islam yang terbaik bagi umat Islam. Ia diturunkan pada bulan Ramadhan sehingga terdapat firman Allah pada bulan itu yang telah diungkapkan oleh Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril untuk disampaikan kepadanya segenap umat muslim agar terhindar dari jalan yang sesat.

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah : 185)

Bulan Penuh Kebaikan

“Apabila telah datang bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka akan ditutup, dan syaitan dibelenggu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Ramadhan adalah bulan terbaik untuk membuat amal kebaikan kerana tidak ada bulan dimana pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya.

“Sesungguhnya bulan (Ramadhan) telah datang kepada kalian, di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak mendapatinya maka ia telah kehilangan banyak sekali kebaikan.” (HR Ibnu Majah)

Tidak ada malam yang lebih baik dari bulan Ramadhan. Barangsiapa yang tidak mengisinya dengan kebaikan, maka ia telah rugi kerana belum tentu di tahun hadapan ia kana bertemu kembali dengan bulan Ramadhan.

Bulan Pengampunan Dosa

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa – dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Allah akan mengampuni dosa hambanya sebanyak mana sekalipun ketika itu sekiranya dia bersungguh-sungguh bertaubat dan menjalankan ibadah Ramadhan dengan ikhlas. Pintu kebaikan akan terbuka luas untuknya dan berdoa kepada Allah supaya diampunkan dosanya.

Kesempatan Taubat

“Celakalah seseorang, ia memasuki bulan Ramadhan kemudian melaluinya sedangkan dosanya belum diampuni.” (HR Tirmidzi dan Ahmad)

Di dalam bulan Ramadhan ini, berdoalah dan minta keampunan di atas segala dosa yang telah dilakukan. Bertaubatlah kerana ianya akan menjadiakn kita seperti orang yang baru dan bersih dari segala dosa.

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Pahala Berlipat Ganda

“Pahala umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala ibadah haji.” (HR Bukhari dan Muslim)

Umrah yang dilakukan pada bulan lain selain Ramadhan hanya kan mendapat pahala biasa. Akan tetapi, jika umrah dilakukan pada bulan Ramdhan, ianya akan mendapat pahala yang luar biasa, berlipat kali gandanya sehingga ia sangat-sangat berbeza dari bulan-bulan yang lain.

Malam Lailatul Qadar

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah Al-Qadr : 1-5)

Tiada malam yang lebih indah dan lebih baik dari malam Laitatul Qadar. Lailatul Qadar hanya ada pada bulan Ramadhan sehingga setiap harinya di bulan Ramadhan digalakkan untuk selalu melakukan amal ibadah agar dapat bertemu malam yang penuh dengan keberkatan itu.

I’tikaf Dengan Tenang

Bulan Ramadhan adalah waktu yang paling terbaik untuk i’tikaf kerana di bulan inilah Allah memperhatikan hambaNya secara langsung.

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

“Adalah Nabi SAW beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, sampai beliau wafat, kemudian isteri-isteri baginda pun beri’tikaf setelahnya.” (HR Bukhari Muslim)

Tidak Menghalang Urusan Duniawi

“Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya.” (Surah Al-Baqarah : 187)

Bulan puasa bukanlah bulan yang dilarang untuk melakukan urusan duniawi. Salah satunya adalah hubungan kelamin diantara suami isteri, suami tetap boleh melakukannya pada waktu yang dibolehkan iaitu di malam hari, dan tetap mendapat pahala serta tidak ada dosa baginya.

Merasakan Nikmatnya Makan Minum

Pada hari-hari biasa kita akan merasa biasa sahaja dengan makan dan minum. Namun, pada bulan Ramadhan, kita akan merasa lapar dan haus sehingga ketika mendapat makanan dan akan berasa sangat bersyukur. Sedangakn ada juga saudara kita yang diluar sana setiap hari seperti berpuasa kerana tidak memiliki wang yang cukup utnuk makan dan minum.

Ibadah Khusus Solat Tarawih

“Barangsiapa yang berdiri solat pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Semua solat boleh dilakukan di bulan Ramadhan kecuali solat tarawih sebab solat tarawih adlah iabadah yang khusus dan istimewa hanya dilakukan pada bukan Ramadhan.

Waktu Dikabulkan Doa

“Sesungguhnya setiap muslim pada tiap siang dan malam hari – pada bulan Ramadhan – memiliki doa yang mustajab” (HR Al-Bazzar)

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan juga merupakan waktu yang terbaik untuk berdoa kerana pada bulan Ramadhan terdapat banyak waktu yang mustajab untuk berdoa. Doa yang dilakukan dengan ikhlas dengan penuh beradab dan dilakukan pada waktu yang baik sudah tentu akan dimakbulkan Allah SWT.

Waktu yang baik untuk berdoa pada bulan Ramadhan adalah ketika sahur dan berbuka, disepertiga malam yang terakhir, setelah solat, ketika melakukan i’tikaf dan banyak lagi kerana sepanjang hari orang yang berpuasa adalah hari yang penuh kebaikan.

Waktu Terbaik Sedekah

“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” (HR Tirmidzi)

Waktu yang terbaik besedekah adalah pada bulan Ramadhan kerana pada bulan itu kita boleh merasakan tidak semua orang mendapat kemudahan seperti kita. Sebagai contoh, tidak semu aorang mempunyai wang untuk membeli makanan, membeli baju baru malah memiliki tempat tinggal yang sepatutnya.

Oleh itulah, sedekah yang dilakukan akan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan untuk memberikan kesenangan dalam menjalani ibadah puasa. Kita juga akan merasa senang melhat mereka bahagia dengan makan makanan yang lazat, memakai pakaian baru dan sebagainya.

Tidak Ada Syaitan Penganggu

Pada bulan selain bulan Ramadhan terdapat banayk syaitan berkeliaran dan mengganggu manusia. Hanya di bulan Ramadhan tidak ada syaitan kerana syaitan dikurung di dalam neraka.

Perbutan maksiat yang dilakukan pada bulan puasa adalah kerana hawa nafsu dari manusia itu sendiri dan sesungguhnya perbuatan maksiat tersebut boleh dicegah dengan memperbanyakkan amal ibadah.

“Jika datang bulan Ramadhan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.” (HR Bukhari)

Begitulah istimewanya bulan Ramadhan ini. Rugilah sekiranya kita tidak memanfaatkan waktu kita dengan melakukan amal ibadah yang boleh menambahkan pahala malah diampunkan dosa kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published.