13 Keistimewaan Belajar Bahasa Arab

Bahasa Arab merupakan bahasa yang telah digunakan sejak berzaman lamanya. Ianya telah menempatkan di posisi tertinggi dalam sejarah peradaban Islam selama berabad-abad. Allh SWT sangat mengistimewakan bahasa Arab ini sehingga ianya menjadi bahasa yang paling utama dari segala bahasa yang lain.

13 Keistimewaan Belajar Bahasa Arab

Allah SWT telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan bahasa As-Sunnah. Bahasa ini juga telah digunakan di dalam solat, zikir, haji dan ibadah-ibadah yang lain.

Rasulullah SAW menggunakan dan bertutur di dalam bahasa Arab. Hal ini terbukti di dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim : 4)

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk belajar bahasa Arab. Sesetengah sekolah mempunyai kelas bahasa Arab tetapi tidak ditekankan kenapa pelajar perlu belajar bahasa Arab ini. Jadi, di dalam artikel ini, saya akan ulaskan tentang keistimewaan belajar bahasa Arab.

Faham Bahasa Al-Quran

Allah telah menurunkan Al-Quran di dalam bahasa Arab dalam banyak-banyak bahasa di dunia ini. Ini telah diceritakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (Surah Yusuf : 2)

Begitulah istimewanya bahasa Arab. Pada awal pembelajaran bahasa Arab, memanglah susah, tetapi sekiraya kita bersungguh-sungguh dalam mempelajarinya, ianya akan menjadi mudah. Anda juga akan mudah untuk memahami ayat-ayat Al-Quran jika anda pelajari bahasa Arab ini.

Mudah Mempelajari Keilmuan

Dengan mempelajari bahasa Arab, anda akan lebih mudah belajar ilmu dari para ulama’ secara langsung ataupun tidak langsung. Bahasa Arab ini akan menyenangkan pemahaman anda ketika anda menggali ilmu. Seseorang itu juga akan lebih mudah membaca karya ulama’ dengan penuh manfaat mempelajari bahasa Arab. Anda juga tidak perlukan terjemahan ayat ketika membaca karya-karya dari ulama’ kerana sudah kuasai bahasa Arab.

Lain Dari Yang Lain

Memiliki kebolehan bertutur dalam bahasa Arab adalah satu kelebihan bagi individu yang sering ke temuduga. Ia akan menjadikan satu plus point untuk diri anda berbanding calon-calon temuduga yang lain. Bayangkan, sekiranya anda ditemuduga sebuah syarikat milik Arab Saudi. Dengan kebolehan anda bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Arab, jawatan tersebut mungkin menjadi milik anda dengan mudah.

Peluang Pekerjaan

Bahasa Arab merupakan bahasa yang boleh menghubungkan hal-hal yang melibatkan urusan rasmi antara dua negara asing. Dengan kemahiran bahasa Arab anda, anda pasti akan diberi kepercayaan untuk menguruskan banyak perkara-perkara yang berkaitan.

Contohnya adalah seperti petugas haji dan mutawif umrah. Selain itu, anda juga boleh merebut peluang pekerjaan yang memerlukan bahasa Arab sebagai syarat utama jawatan tersebut. Sekiranya anda mendapat peluang untuk bekerja di negara-negara Arab, anda boleh terus menetap di sana sehingga tamat perkhidmatan.

Melancong

Kebiasaannya, orang akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ketika melancong. Tetapi sekiranya anda pergi ke negara-negara Arab seperti Mesir, Kuwait, Qatar, Abu Dhabi da sebagainya, kebanyakkan mereka tidak reti berbahasa Inggeris.

Oleh itu, sekiranya anda pelajari bahasa Arab ini, ia mungkin akan memudahkan untuk anda bertanyakan arah atau ketika membeli buah tangan. Selain itu, dengan memahami bahasa ibunda mereka, anda juga dapat menyelamatkan diri anda daripada ditipu ketika membeli-belah di negara mereka.

Secara tidak langsung, salah faham dan penipuan dapat dielakkan dari berlaku kerana anda mampu untuk berkomunikasi dengan mereka. Malah, mereka mungkin akan memberikan free gift kepada anda.

Peluang Sambung Belajar

Kalau anda ingin melanjutkan pelajaran ke negara-negara Arab, apa kata anda kuasai dulu kemahiran bahasa Arab ini sebelum anda terbang ke sana. Kuasai sepenuhnya ilmu bahasa Arab ini supaya nanti anda mudah untuk memahami budaya kehidupan di sana. Di samping itu juga, anda boleh melatih diri anda menjadi lebih berdisiplin dan berani untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.” (Surah Taha : 113)

Menambah Ilmu Pengetahuan

Kelebihan mempelajari bahasa Arab ini bukan hanya dirasakan oleh umat Islam sahaja. Bahkan ia juga dapat dirasakan oleh semua orang. Seseorang itu dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mempelajari dan mengusai bahsa asing seperti bahasa Arab.

Bahasa Arab boleh memudahkan seseorang itu mengetahui tentang perkembangan negara yang menggunakan bahasa Arab. Setiap orang yang menguasai bahasa Arab boleh menambahkan pengetahuannya sehingga dapat dimanfaaatkan pada suatu hati nanti sama ada untuk diri sendiri ataupun orang lain.

Pendapatan Sampingan

Terdapat banyak kerja yang anda boleh lakukan dengan kemahiran bahasa Arab untuk menambah pendapatan anda. Contohnya adalah seperti menterjemahkan pelbagai jenis dokumen dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Anda juga boleh menjadi interpreter atau jurubahasa Arab untuk majlis-majlis rasmi atau formal dan lain-lain lagi. Selain itu, anda juga boleh menjadi penulis sambilan untuk majalah atau surat khabar dalam bahasa Arab. Menjadi tutor atau membuat kelas-kelas tuisyen di kawasan anda juga boleh membantu anda membuat pendapatan sampingan.

Sebagai Pemudahcara

Di Malaysia, ramai juga warga negara Arab yang bekerja dan membangunkan bisnes sendiri. Malah ada juga yang menyambungkan pelajarannya di negara kita. Kebanyakkan daripada mereka, masih belum boleh bertutur dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Malaysia dengan baik.

Oleh itu, anda boleh memainkan peranan sebagai orang tengah atau pemudahcara bagi mereka. Mereka pasti akan berbesar hati sekiranya ada orang yang mampu berbahasa Arab sudi membantu memudahkan urusan mereka.

Mudah Fahami Islam

Dengan belajar bahasa Arab, anda akan lebih mudah untuk fahami Islam. Bahasa Arab menjadi alat yang sangat efektik untuk transfer pelbagai jenis ilmu yang digunakan termasuklah dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah. Bahasanya bukan sahaja ringkas dan mudah difahami malah mudah untuk dihafal.

Mudah Mengajar Anak Bahasa Arab

Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, anda perlulah menunjukkan contoh yang baik supaya anak anda mudah terikut dengan cara anda.

Sekiranya anda boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab, anda boleh mengajar mereka bertutur dan sekaligus menjadikannya bahasa pertuturan di rumah. Lidah anda juga akan terbiasa dengan bahasa Arab, maka lebih mudah untuk anda faham dan membaca Al-Quran.

Firman Allah SWT, “Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.” (Surah Az-Zukhruf : 3)

Menenangkan Hati

Bahasa Ara itu bahasa yang indah, sangat lembut dan boleh menyenangkan hati. Ia juga boleh mententeramkan jiwa sekiranya dalam keresahan dan kegelisahan. Allah telah berfirman yang bermaksud, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d : 28)

Melalui ayat Al-Quran di atas, sudah terbukti bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab ini dapat menenangkan hati seseorang itu.

Penawar Penyakit

Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah Al-Isra’ : 82)

Allah telah menyatakan bahawa ayat Al-Quran dapat menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman terhadapnya. Disebabkan bahasa Al-Quran adalah bahasa Arab, kita akan menjadi mudah untuk membaca ayat-ayat penawar ini. Sekiranya kita diserang sesuatu penyakit yang tidak diingini, bolehlah kita membaca ayat Al-Quran ini.

Secara kesimpulannya, tidak rugi sekiranya anda mempelajari bahasa Arab dan juga bahasa-bahasa yang lain. Selain dapat mempelajari dan mendapat ilmu baru, anda juga boleh menilai keindahana bahasa Arab. Anda juga dapat mengetahui budaya yang telah dicerminkan dari bahasa tersebut.

Saya berharap melalui perkongsian ini, ramai rakyat Malaysia akan bersama-sama memupuk minat untuk mendalami dan mempelajari bahasa Arab. Banyak keistimewaan dan kelebihan yang anda akan perolehi dengan fasih berbahasa Arab ini.