TESTIMONI BEANA

Puan Nouraini, Kajang

Puan Nouraini, Kajang

Terima kasih kerana servis yang sangat memuaskan. Sangat baik dan saya berpuas hati. Saya dan anak saya amat selesa dengan cara Ustazah Ummu mengendalikan kelas mengaji. We always look forward our mengaji class every week. Alhamdulillah.

Semoga kualiti dan servis ini berkekalan dan kami sentiasa memberi sokongan berterusan untuk meneruskan kelas bersama Beanahomequran.

Puan Puteri Nadia, Damansara

Puan Puteri Nadia, Damansara

Mengikut kata ustazah mereka, Irfan dan Marsya semakin baik. Boleh kenal tanda huruf bacaan macam sabdu/tasydid dan tanda mati. Tapi boleh improve. Kene rajin baca katanya. Yang saya tengok kalau ikut modul, tinggal bab untuk kenal tajwid dan tanda wakaf. Alhamdulillah mereka cukup selesa dan semangat untuk mengaji sekarang. Tak sabar mereka nak naik quran.

Puan Norain, Kuala Lumpur

Puan Norain, Kuala Lumpur

Lama dah mencari guru mengaji tapi masa sangat cemburukan saya lebih-lebih lagi pada hari sabtu dan ahad, betapa bersyukurnya saya jumpa Beanahomequran di facebook dan seterusnya buat kelas mengikut kesesuaian masa saya yang bekerja 3 syif. Ustaz pun Alhamdulillah sangat fleksibel dengan toleransi berkaitan dengan kelas saya.

Cik Irfa Ilisya, Subang Jaya

Cik Irfa Ilisya, Subang Jaya

Saya suka dengan cara ustazah mengajar saya dan saya faham apa yang disampaikan. Pembelajaran pun berjalan dengan lancar.

Puan Hajar, Kuala Lumpur

Puan Hajar, Kuala Lumpur

Saya berpuas hati dengan pengajaran oleh Ustazah Qanitah. Saya telah dapat memperbaiki bacaan saya hari demi hari. Belum 100%, tetapi kefahaman saya dalam pengajian Al-Quran meningkat. Pembelajaran tajwid saya juga Alhamdulillah. Bacaan makhraj dan tajwid masih perlu digilap supaya bacaan lancar seperti air mengalir.