BAGAIMANA MENEMUI CALON SUAMI ANDA DENGAN MEMBACA AL-QURAN

BAGAIMANA MENEMUI CALON SUAMI ANDA DENGAN MEMBACA AL-QURAN

Harini dalam pencarian apapun memiliki kesukaran atau kemudahan dengan tersendiri. Catatan hidup menjadi dan menerima fitrah Allah menjadikan manusia seorang lelaki dan perempuan dan tumbuh rasa cinta dan berkasih sayang itu fitrah untuk hidup berpasang-pasangan fitrah hidup yang perlu dijalani oleh seorang hamba Allah dan belajar dan terus belajar untuk terus redha dengan sunnatullah

Berbicara soal lelaki dan perempuan adalah pembicaraan yang tidak pernah habis dan tidak pernah lekang dari setiap situasi, baik situasi yang positif dan terkadang ia menjadi negative. Inilah cerita tentang lelaki dan perempuan

Harini seorang perempuan tumbuh dengan kepelbagaian informasi yang mereka boleh dapatkan dari pelbagai sumber, termasuklah bahan bacaan yang tersedia dimedia cetak, masa dan media social kita sumber maklumat yang semakin hari semakin tiada batasan membuat ramai lelaki dan perempuan tercari bagaimana,dimana,dan kenapa. Dengan pergerakan dihujung jari sahaja sudah membuatkan kita memperoleh segala maklumat yang kita inginkan.

Tetapi dalam keganasan dunia moden ini, kita sebagai seorang muslim dan mukmin yang baik, menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan dan air yang selalu mencurah dikala kehausan adalah jalan terbaik untuk terus menjadi manusia yang berinformasi dan celik akan isi Al-Quran itu sendiri

Dah banyak sangat peroleh tips melalui bahan bacaan kenapa tidak melalui bacaan dan pemahaman dari Al-Quran itu sendiri.

Banyak cerita yang Allah sediakan didalam Al-Quran. Banyak hokum hakam yang terkandung didalam Al-Quran, sehinggakan Allah juga sudah memberikan garis panduan guard line  bagaiamana cari calun suami melalui ayat Al-Quran.

Tips mencari pasangan hidup melalui garis panduan Al-Quran

  1. Allah sentiasa menyatukan orang yang baik dengan org yang baik dalil: surah An-Nur ayat 26 perbaiki diri agar dapat yang baik

Dalam surah An-Nur ini dimana Allah telah berjanji kepada semua hambanya Allah hanya akan menyatukan orang baik dengan yang baik. Terlalu jelas apa yang diperkatakan oleh Allah. Jika dalam proses pencarian, tetapkan hati melakukan kebaikan dan disulami dengan hati yang ikhlas maka Allah sangat tahu tindak tanduk hamba-hambanya.

Belajar menjadi baik adalah satu usaha yang bukan sia-sia. Dengan kepelbagaian rasa ketika proses pembelajaran menjadi baik berlangsung maka disitu Allah sedang ingin melihat adakah hambaNYA baik hanya kerana untuk mencari jodoh atau hanya keranaNYA sahaja.

  1. Berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Allah SWT contoh doa ( surah al-furqan ayat 74

Erti ayat: “ Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”

Doa adalah senjata setiap mukmin, baik dalam apa jua keadaan sama ada mencari bakal suami atau apa sahaja adalah perkara yang sangat dianjurkan. Doa adalah sebuah permintaan hambanya kepada Allah, kita boleh request apa sahaja yang inginkan perlukan melalui doa, doa dengan permintaan yang baik. Doa adalah konsep yang Allah kabulkan tanpa ada penolakan tetapi Allah melihat bila yang paling sesuai Allah berikan kerana Allah mengetahui segala apa yang berlaku keatas hambaNYA. Maka berdoalah untuk mendapatkan pasangan yang paling tepat dengan anda.

  1. Carilah pasangan bukan sahaja untuk kebahagian dunia tetapi untuk kesejahteraan dunia akhirat ( surah At-thur ayat 21

Sangat jelas pesanan dalam Al-Quran, jangan meletakkan ciri-ciri bakal pasangan anda hanya terlihat dari cermin mata kasar sahaja, akan tetapi ciri-ciri dunia akhirat. Mudah kita lafazkan aku inginkan seperti ini dan itu, akan tetapi perkara yang sukar kita lakukan bagaimana menjadikan visual dalam doa ciri ciri pasangan yang berbentuk akhirat, wujudkan gambaran ciri-ciri pasangan akhirat anda untuk memperlihatkan kepada Allah kita meminta dengan sebenar-benar permintaan kepadaNYA.

2. Jangan hidup menyendiri berhimpunlah dengan orang-orang yang baik ( surah Al-ahzab ayat 35

Terkadang sikap menyendiri ini juga membuat kita sebagai individu yang tak terlihat oleh sesiapapun membuat kita belum menemui pasangan yang dicari. Mempelbagaikan kenalan dan aktiviti untuk lebih mengenali sasama manusia dan kenal sifat setiap manusia adalah proses belajar dan menjadi manusia yang lebih menghargai sesiapa sahaja yang anda temui.

3. Berusaha dan menyerahkan hasil kepada Allah ( surah At-talak ayat3)

Setelah kepelbagaian usaha sebagai seorang hamba, kemampuan sebagai manusia. Tanpa izin dan keredhaan Allah, ia belum sampai jika belum semua perkara kita sandarkan kepada Allah semata-mata. Dalam konsep belajar mencari dan dicari, perkara paling utama adalah belajar untuk mencari daan dicari, berusaha dalam bentuk kepelbagaian dengan batasan seorang muslim dan mukmin dan menyerahkan kepada Allah atas semua usaha sebagai hamba yang taat kepada Allah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *