KENAPA PERLU BELAJAR KENA ADA DALIL DARI AL-QURAN DAN HADIS

banyak faktor yang menyebabkan kita belajar dan mendapat kesasihan adalah hanya dengan menggunakan dalil Al-Quran dan Hadis

 

satu persatu cerita mengenai syariat Islam yang diajarkan dan semuanya berlandaskan dalil sama ada dari Al-Quran atau Hadis Rasulullah

topik pertama

BERSUCI

باب ما تجوز به الطهارة من المياه وما لا تجوز

 

Air yang boleh digunakan untuk bersuci dan yang tidak boleh

يجوز رفع الحدث وإزالة النجس بالماء المطلق وهو ما نزل من السماء أو نبع من الأرض. فما نزل من السماء ماء المطر وذوب الثلج والبرد.

Mengangkat hadats dan menghilangkan najis boleh dengan menggunakan air mutlak, iaitu yang turun dari langit atau keluar dari bumi. Yang turun dari langit adalah: air hujan, salji yang mencair dan embun.

وما نبع من الارض ماء البحار وماء الانهار وماء الآبار

Dan yang keluar dari bumi adalah: air laut, air sungai dan air perigi.

 

وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ

Dan dia menurunkan bagi kalian air dari langit untuk mensucikan kalian dengannya. al Anfal : 11

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَسْكُتُ بَيْنَ تَكْبِيرَةِ الْإِحْرَامِ وَالْقِرَاءَةِ سَكْتَةً يَقُولُ فِيهَا أَشْيَاءَ مِنْهَا اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

Dari Abu hurairah: bahawa rasulullah diam antara takbiratul ihram dan bacaan (al fatihah) untuk membaca (do’a iftitah), diantara yang beliau baca adalah:”Ya Allah basuhlah kesalahan-kesalahanku dengan air, salji, dan embun”. HR al Bukhari dan Muslim.

رَوَى أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ سَأَلَ سَائِلٌ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إنَّا نَرْكَبُ الْبَحْرَ وَنَحْمِلُ مَعَنَا الْقَلِيلَ مِنْ الْمَاءِ فَإِنْ تَوَضَّأْنَا بِهِ عَطِشْنَا أَفَنَتَوَضَّأُ بِمَاءِ الْبَحْرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ

Abu Hurairah meriwayatkan, seseorang bertanya kepada rasulullah, dia berkata: Ya Rasulullah, kami selalu pergi ke laut dan membawa sedikit air, jika kami berwudhu dengan air itu, kami akan kehausan, bolehkah kami berwudhu dengan air laut? Maka rasulullah bersabda : airnya (air laut) mensucikan dan bangkainya halal. Hadith sahih riwayat Malik, al Syafi’i, Abu Dawud, al Tirmizi dan al Nasa’i.

(al Nawawi berkata): Beberapa perkara berkaitan dengan hadith ini :

  1. Hadith ini adalah diantara hadith yang paling asas dalam taharah, al Syafi’I berkata : dia (hadith ini) adalah setengah ilmu taharah.
  2. Perkataan Thahur bermaksud mensucikan.
  3. Dibolehkan bersuci dengan air laut.
  4. Air yang berubah (rasa, warna dan bau) dengan sesuatu yang tidak senang untuk dijaga, hukumnya tetap mensucikan.
  5. Dibolehkan berlayar di laut.
  6. Semua bangkai laut halal kecuali yang ada larangan yang khusus
  7. Binatang laut yang mati dengan sendirinya adalah halal.
  8. Orang alim atau mufti yang ditanyakan sebuah pertanyaan, jika dia mengetahui bahawa pertanyaan itu berkaitan dengan perkara lain yang juga penting untuk diketahui, sebaiknya memperincikan dan mengajarkan perkara itu.

 

رَوَى أَبُو سَعِيدٍ الْخُدْرِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلَحْمُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ َسَلَّمَ إنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا ينجسه شئ

 

Abu said al Khudri meriwayatkan, ada yang bertanya kepada rasulullah: Ya Rasulullah, adakah Engkau berwudhu dari perigi Budha’ah, dan di perigi itu ada yang membuang tuala haidh, daging anjing dan kotoran?, rasulullah menjawab”: Sungguh air itu (air perigi Budha’ah) mensucikan, tidak terkena najis sedikitpun. Hadith Sahih riwayat al Syafi’i, Abu Dawud, al Tirmizi dan al Nasa’i.

 

(al Nawawi berkata): Berkata Imam al Khattabi : membuang tuala haidh (dan kotoran yang lain) tidak secara sengaja dilakukan oleh manusia, tetapi perigi berada di tempat yang rendah, dan kotoran terkadang terbawa bersamaan dengan aliran air banjir (hujan) sehingga masuk ke dalamnya. Kotoran itu tidak berkesan pada air kerana airnya banyak.

 

(al Nawawi berkata): Hadith perigi Budha’ah adalah hadith yang umum, tetapi dikhususkan (dikecualikan) dengan air yang berubah kerana najis, maka ia adalah najis berdasarkan kepada ijma’.

 

(al Nawawi berkata): Adapun air zamzam, jumhur ulama sama seperti mazhab kita, tidak makruh berwudhu dan mandi dengannya.  Ada satu pendapat dari Imam Ahmad yang menyatakan ianya makruh berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas, ketika berada di perigi zamzam dia berkata : Aku tidak menghalalkannya untuk orang yang mandi, dia halal untuk minum dan menghilangkan dahaga. Dan dalil kita adalah dalil-dalil yang mutlak bersuci dengan air tanpa ada pengecualian, juga umat islam sentiasa berwudhu menggunakan air zamzam tanpa ada yang mengingkari. Dan riwayat dari Ibnu Abbas tadi tidak sahih.

 

 

ثَبَتَ فِي الصَّحِيحَيْنِ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّاسَ نَزَلُوا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الحجر أرض ثمود فاستقوا من آبَارِهَا وَعَجَنُوا بِهِ الْعَجِينَ فَأَمَرَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أن يُهَرِيقُوا مَا استقوا ويعلفوا الابل الْعَجِينَ وَأَمَرَهُمْ أَنْ يَسْتَقُوا مِنْ الْبِئْرِ الَّتِي كَانَتْ ترده النَّاقَةُ.

 

Dalam shahihain (kitab al Bukhari dan Muslim) ada hadith dari Ibnu Umar, bahawa para sahabat pergi bersama rasulullah ke Hijr negeri kaum tsamud, para sahabat mengambil air dari perigi-perigi yang ada disana dan membuat adunan (roti), maka rasulullah memerintahkan mereka untuk menumpahkan air yang mereka ambil dan memberikan adunan itu untuk dimakan unta, dan memerintahkan mereka untuk mengambil air dari perigi yang dulu diminum oleh unta (nabi Solih).

 

وَفِي رِوَايَةٍ لِلْبُخَارِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا نَزَلَ الْحِجْرَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ أَمَرَهُمْ أَنْ لَا يَشْرَبُوا مِنْ آبَارِهَا وَلَا يَسْتَقُوا مِنْهَا فَقَالُوا قَدْ عجنا منها واسْتقينا فَأَمَرَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَطْرَحُوا ذَلِكَ الْعَجِينَ وَيُهَرِيقُوا ذَلِكَ الْمَاءَ     

 

 

Dan dalam riwayat al Bukhari : Nabi ketika turun ke negeri Hijr pada perang tabuk, beliau memerintahkan mereka untuk tidak minum dari perigi-perigi yang ada disana dan tidak mengambil air darinya, mereka berkata : kami telah membuat adunan dan telah mengambil air, maka nabi memerintahkan mereka untuk membuang adunan itu dan menumpahkan air.

 

(al Nawawi berkata)maka menggunakan air dari perigi-perigi yang disebutkan diatas untuk bersuci ataupun selainnya adalah dimakruhkan atau diharamkan kecuali untuk keadaan darurat, kerana ini adalah sunnah yang sahih yang tidak ada percanggahannya, dan al Syafi’i pernah berkata : jika sahih sebuah hadith maka itulah yang menjadi mazhabku.

 

وَمَا سِوَى الْمَاءِ الْمُطْلَقِ مِنْ الْمَائِعَاتِ كَالْخَلِّ وماء الورد والنبيذ وما اعتصر من التمر أَوْ الشَّجَرِ لَا يَجُوزُ رَفْعُ الْحَدَثِ وَلَا إزَالَةُ النَّجَسِ بِهِ

 

Dan cecair yang lain selain air mutlak seperti cuka, air bunga, nabiz, jus buah atau air yang diperah dari tumbuh-tumbuhan tidak dapat digunakan untuk mengangkat hadath* atau menghilangkan najis**.

 

لِقَوْلِهِ تَعَالَى (فَلَمْ تَجِدُوا ماء فتيمموا) فَأَوْجَبَ التَّيَمُّمَ عَلَى مَنْ لَمْ يَجِدْ الْمَاءَ فَدَلَّ عَلَى أَنَّهُ لَا يَجُوزُ الْوُضُوءُ بِغَيْرِهِ

*Berdasarkan firman Allah (jika kalian tidak menjumpai air maka bertayamumlah). Dia mewajibkan tayammum bagi orang yang tidak menjumpai air, menunjukkan tidak boleh berwudu selain dengannya.

 

ولقوله صلى الله عليه وسلم لا سماء بنت أبى بكر رضى الله عنهما فِي دَمِ الْحَيْضِ يُصِيبُ الثَّوْبَ حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ ثُمَّ اغْسِلِيهِ بِالْمَاءِ فَأَوْجَبَ الْغَسْلَ بِالْمَاءِ فدل على انه لا يجوز يغيره)

**Berdasarkan sabda rasulullah kepada Asma binti Abu Bakr berkenaan dengan darah haid yang terkena baju: kikiskan ia, Gosoklah dengan ujung jari, kemudian basuhlah dengan air. Dia mewajibkan membasuh dengan air, menunjukkan tidak boleh dengan selainnya.

 

(al Nawawi berkata) hadith Asma diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim dengan maksud yang sama.

 

(al Nawawi berkata) hukum dalam perkara ini adalah : mengangkat hadath dan menghilangkan najis tidak sah kecuali dengan air mutlak.

 

(al Nawawi berkata) Ibnu Mundzir berkata dalam kitab al Asyraf dan kitab al ijma’ : Ulama telah bersepakat bahawa berwudhu tidak boleh menggunakan air bunga, air pokok, air safflower atau yang lainnya yang tidak tergolong air mutlak. Dan (perkataan ibnu Mundzir) ini sama dengan yang dinukilkan al Ghazzali.

 

(al Nawawi berkata) Abu Hanifah, Abu Yusuf, dan Dawud berpandangan : menghilangkan najis dari pakaian dan tubuh badan boleh menggunakan cecair apapun yang mengalir dan dapat diperah jika digunakan untuk mencuci, seperti cuka, air bunga.

 

(al Nawawi berkata) dalil mereka adalah hadith Aisyah, dia berkata: kami kaum perempuan dahulu tidak banyak memiliki pakaian kecuali satu baju yang digunakan semasa haid, dan jika terkena sedikit darah, ia basahi dengan air liurnya, lalu membersihkannya dengan kukunya. (Riwayat al Bukhari).

 

Dari Ummu Salamah, aku berkata : Ya Rasulullah, saya perempuan yang memiliki baju yang panjang, terkadang memalui tempat yang kotor. Rasulullah bersabda :

 

يُطَهِّرُهُ مَا بَعْدَهُ

Ia akan disucikan oleh yang selepasnya. (Riwayat Abu Dawud, al Tirmizi dan Ibnu Majah).

 

Hadith Abu said al Khudri, rasulullah bersabda:

 

إذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا

jika salah seorang dari kalian datang ke masjid, hendaklah ia melihat pada alas kakinya, jika terdapat kotoran hendaklah ia menggosokkannya, dan boleh digunakan untuk solat. Hadith hasan diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang Sahih.

 

Hadith Abu Hurairah, dari Nabi dia bersabda:

 

إذَا وَطِئَ أَحَدُكُمْ بِنَعْلِهِ الْأَذَى فَإِنَّ التُّرَابَ لَهُ طَهُورٌ

Jika alas kaki salah seorang diantara kalian memijak kotoran, maka tanah akan menyucikannya. Riwayat Abu dawud.

mari pelajari Al-Quran bersama Beanahomequran

www.beanahomequran.com

+601152234111 / 60163728504

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *