TIPS BERMUSAFIR by Imam Al- Nawawi

Dari Kitab al Majmu’ Syarah Al Muhazzab, al Imam al Nawawi
1. Bertanya dan meminta pandangan kepada orang yang berpengalaman.
2. Solat sunat istikhartah.
3. Bertaubat, menunaikan hutang yang mampu untuk dilakukan dan mengembalikan hak milik orang lain.
4. Meminta keridhaan orang tua dan orang yang kita ada tanggungjawab untuk berbuat baik dan taat kepadanya.
5. Menggunakan nafkah yang halal.
6. Memperbanyak bekal agar boleh membantu orang yang kesusahan.
7. Mempelajari hukum hakam haji atau umrah apabila ingin bermusafir untuk haji dan umrah.
8. Mencari kawan perjalanan yang baik yang boleh mengingatkan untuk berbuat baik.
9. Tidak disibukkan dengan barang-barang perniagaan apabila ingin bermusafir untuk haji dan umrah.
10. Digalakkan untuk bermusafir pada hari khamis atau hari isnin.
11. Solat dua rakaat sebelum keluar rumah.
12. Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga dan jiran tetangga.
13. Saling mendoakan antara yang ditinggalkan dan yang pergi bermusafir.
14. Bersedekah.
15. Membaca doa bermusafir: “Allahu akbar” (tiga kali), “Bismillah”,
سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ وَإِذَا رَجَعَ قَالَهُنَّ وَزَادَ فِيهِنَّ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ
16. Melantik seseorang untuk menjadi pengetua.
17. Banyak berdoa ketika dalam perjalanan, kerana doa orang yang bermusafir dimakbulkan.
18. Memelihara solat.
19. Saling tolong menolong.

jom ngaji bersama beanahomequran

+601152234111

layari www.beanahomequran.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *